Kerjasama BN bagi PRN Melaka diumum dalam masa terdekat – Ahmad Zahid

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 12:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama BN bagi PRN Melaka diumum dalam masa terdekat – Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Perkembangan kerjasama BN bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah meneliti perkara itu dan meminta Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh membuat pengumuman mengenainya.

“Akan diumumkan dalam sedikit hari lagi. Saya telah meneliti dan saya telah meminta agar Yang Amat Berhormat Datuk Seri Ab. Rauf membuat pengumuman mengenainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Kongres Keselamatan Jalan Raya (RSC) 2026 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), di sini hari ini.

BN dijadual mengumumkan calonnya yang akan bertanding pada PRN Melaka pada 28 Oktober ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi PRN Melaka pada 14 Nov manakala 31 Okt ditetapkan sebagai tarikh penamaan calon dan pengundian awal pada 10 November.

PRN Melaka pada 2021 menyaksikan BN menang 21 daripada 28 kerusi sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan (PH) menang lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) meraih dua kerusi. – UTUSAN 

The post Kerjasama BN bagi PRN Melaka diumum dalam masa terdekat – Ahmad Zahid appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved