Kerjasama BN-Pas belum jamin kestabilan politik negara

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 1:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kerjasama BN-Pas belum jamin kestabilan politik negara

PETALING JAYA: Kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pas belum tentu menjamin kestabilan politik Melayu dan negara berikutan persaingan pengaruh antara kedua-dua parti itu, khususnya dalam menentukan dominasi politik pada pilihan raya akan datang.

Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi berkata, keputusan BN meletakkan calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 membuktikan parti itu menolak Wawasan.

Beliau berkata, tindakan itu juga memberi isyarat BN berkemungkinan meletakkan calon di kesemua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16).

“Tindakan BN meletakkan calon di Sungai Udang membuktikan BN menolak Wawasan. Itu juga signal iaitu di PRU ke-16 nanti BN akan letak calon di kesemua 19 kerusi Parlimen milik Wawasan.

“Pas sudah pasti mempertahankan Wawasan sepertimana Pas pertahan Bersatu di peringkat awal penubuhan PN. Pas tidak akan biarkan BN jadi dominan.

“Sebab itu kerjasama BN-Pas belum menjamin kestabilan politik Melayu dan negara. Dan belum tentu Zahid boleh jadi Perdana Menteri. Pas ada perancangan lain. Pas belum sedia dipaksa naik satu pentas dengan UMNO,” katanya menerusi Facebook hari ini.

Kelmarin, Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh mengumumkan Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Datuk Rais Yasin sebagai calon di DUN Sungai Udang, beralih daripada kerusi DUN Paya Rumput yang ditandinginya sebelum ini.

Kerusi DUN Sungai Udang pada pilihan raya sebelum ini ditandingi calon Perikatan Nasional (PN) dari Wawasan iaitu Dr Aleef Yusof dan turut berhasrat mempertahankan kerusi berkenaan.

Perkembangan itu sekali gus mencetuskan persoalan mengenai potensi kerjasama politik antara BN dan Pas, terutama jika kedua-dua parti terus bersaing untuk menguasai kerusi yang sama. – UTUSAN

The post Kerjasama BN-Pas belum jamin kestabilan politik negara appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved