Kes Adik Adham : Suami Dakwa Isu Tidak Berkahwin Timbul Sebab Isteri Tiada ‘Buku Pink’

LocalPolitics
13 Dec 2024 • 12:08 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Bapa kepada bayi lelaki yang dibekukan selama 16 hari oleh hospital swasta menjelaskan bahawa dia setiap hari ke hospital meminta untuk uruskan jenazah anak tapi pihak hospital tidak benarkan.

Tambahnya, bukan kehendaknya mahukan isteri berslain di hospital swasta sebaliknya berlaku tanpa diduga apabila ada orang lain membantu untuk hantar isterinya yang nak bersalin.

“Saya bergegas pulang dan individu yang membantu menghantar isteri saya ke hospital swasta berdekatan. Sebaik tiba, hospital beritahu isteri sudah nak bersalin dan saya diberitahu bayi kami tidak sempurna iaitu tiada hidung dan lubang dubur. Saya terima semua ketentuan Allah.”

“Bayi saya dilahirkan dengan selamat malah semasa iqamatkan, dia aktif dan boleh menangis seperti bayi lain. Tapi selepas itu hospital beritahu anak saya dah meninggal.”

image is not available

Jelas Safwan lagi, dia dimaklumkan oleh pihak hospital punca kematian bayinya adalah akibat kesukaran bernafas dan dia memohon untuk menguruskan jenazah bayinya itu bagaimanapun pihak hospital tidak membenarkannya selagi dia tak bayar bil.

“Setiap hari saya minta lepaskan jenazah bayi untuk dikebumi, biar isteri di hospital sementara saya belum bayar tapi hospital tak benarkan juga.”

“Saya tak boleh nak buat apa sebelum minta bantuan Unit Khas Van Jenazah (UKVJ).”

Sementara itu, Safwan juga ada beri respon terhadap dakwaan daripada pihak hospital tersebut yang menyatakan bahawa dia tidak berkahwin. Safwan menafikan dakwaan itu dan menjelaskan bahawa mereka sudah berkahwin.

image is not available

Katanya, isu tersebut timbul mungkin disebabkan isteri tidak mempunyai ‘buku pink’ (rekod rawatan wanita mengandung). Safwan mengakui isteri tidak pernah mendapatkan rawatan di hospital disebabkan masalah kewangan namun mereka sentiasa memantau usia kandungan melalui aplikasi di telefon pintar.

Sumber : Harian Metro

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.