Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak, pihak peguam mohon peluang kedua

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 11:57 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Permohonan representasi yang dikemukakan pihak peguam Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh pada Disember 2025 bagi menggugurkan pertuduhan terhadapnya ditolak Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang.

Akan mohon representasi kedua

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Ketua barisan peguamnya, Aizat Azam menyatakan pihak pembelaan telah memohon kepada Mahkamah Majistret Bukit Mertajam untuk mengemukakan representasi kedua kepada Peguam Negara bagi menyampaikan fakta serta pandangan dari sudut undang-undang.

Menurutnya, keputusan penolakan representasi pertama itu dimaklumkan ketika prosiding sebutan kes pada Isnin, selepas permohonan berkenaan dikemukakan kira-kira 10 bulan lalu.

“Kita telah membuat satu permohonan kepada mahkamah untuk mengemukakan representasi kedua kepada Tan Sri Peguam Negara bagi menyampaikan fakta, pandangan dan pendapat berdasarkan undang-undang tentang kes ini
“Insya-ALLAH, selepas ini kita akan mengemukakan representasi tersebut kepada pihak Peguam Negara,” katanya ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Bukit Mertajam pada Isnin.

Image from: Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak, pihak peguam mohon peluang kedua

Dah dua tahun tapi tarikh perbicaraan belum ditetapkan

Aizat berkata, kes berkenaan telah berlangsung lebih setahun, namun tarikh perbicaraan masih belum ditetapkan kerana pihak pembelaan sedang menunggu keputusan berhubung permohonan representasi.

Dalam perkembangan sama, pihak peguam turut memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara berkaitan bidang kuasa pendakwaan terhadap anak guamnya.

“Sehingga kini, kes semakan kehakiman tersebut masih dalam peringkat pengurusan kes (case management).
“Esok, kita akan menghadiri pengurusan kes secara dalam talian di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa kita memerlukan satu tarikh lagi sementara menunggu keputusan representasi kedua yang akan dikemukakan kepada Peguam Negara,” katanya.

Mahkamah menetapkan 4 Januari tahun depan bagi keputusan berhubung representasi kedua tersebut.

Pada Ogos tahun lalu, Muhamad Akmal, 38, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang didakwa mendatangkan kegusaran awam menerusi Facebook.

Image from: Kes bendera terbalik: Representasi Akmal Saleh ditolak, pihak peguam mohon peluang kedua

Foto: Berita Harian

Beliau didakwa melakukan kesalahan itu pada 11 Ogos 2025 dan berdepan pertuduhan mengikut Seksyen SO5(b) Kanun Keseksaan [Akta 574].

Sebelum ini, beliau mengetuai kira-kira 500 penyokong UMNO, Bersatu dan Pas dalam perarakan di Bertam, Kepala Batas susulan insiden Jalur Gemilang dipamerkan secara terbalik di sebuah kedai perkakasan.

Sumber: Sinar Harian (Syajaratulhuda Mohd Rosli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved