Representasi Dr Akmal Saleh ditolak, pembelaan mohon kemuka representasi kedua

LocalPolitics
26 Oct 2026 • 4:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Representasi Dr Akmal Saleh ditolak, pembelaan mohon kemuka representasi kedua

Mahkamah Majistret Bukit Mertajam diberitahu representasi Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Saleh ditolak, manakala pembelaan bakal mengemukakan representasi kedua.

BUKIT MERTAJAM: Mahkamah Majistret di sini hari ini diberitahu bahawa pihak pendakwaan menolak representasi dikemukakan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh bagi menggugurkan pertuduhan menimbulkan kegentaran terhadap keselamatan awam menerusi akaun media sosialnya tahun lepas.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri Pulau Pinang Muna Mohamed Jaafar ketika prosiding di hadapan Majistret Roshayati Radellah. 

Bagaimanapun, peguam Aizat Azam yang mewakili Dr Muhamad Akmal bersama-sama 10 peguam lain berkata pihak pembelaan akan memohon untuk mengemukakan representasi kedua selepas representasi terdahulu itu ditolak.

Muna berkata pihaknya tiada halangan terhadap permohonan tersebut dan beliau akan memanjangkan representasi berkenaan kepada Jabatan Peguam Negara.

“Pihak kami tiada halangan sekiranya peguam-peguam ingin memasukkan sekali lagi representasi,” katanya. 

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Jan 2027 sebagai tarikh sebutan seterusnya bagi perkembangan berhubung representasi kedua itu.

Pada Ogos 2025, Dr Muhamad Akmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengeluarkan kenyataan yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran awam dan kegusaran awam. 

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan itu menerusi satu hantaran di media sosial pada kira-kira 3 petang, 11 Ogos 2025, yang berkemungkinan menimbulkan kegentaran serta kegusaran awam.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved