Kes buli: Empat pelajar MRSM Johor dibuang, 2 digantung

1 Jul 2026 • 9:42 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Kes buli: Empat pelajar MRSM Johor dibuang, 2 digantung

KUALA LUMPUR - Empat daripada enam pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor disingkirkan selepas terbabit kes buli.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata hukuman itu diputuskan selepas Jawatankuasa Disiplin Maktab MRSM bersidang pagi semalam.

Beliau berkata, dua lagi pelajar digantung sehingga polis selesai menjalankan siasatan.

"Allah sahaja yang tahu perasaan saya apabila enam pelajar diambil oleh ibu bapa masing-masing pagi tadi (semalam) setelah JDM MRSM bersidang dan memutuskan untuk singkir mereka kerana kes buli. Namun, amaran berulang kali diberikan.

"Dua daripadanya digantung sehingga pengesahan diperoleh daripada pihak polis yang melakukan siasatan sama ada mereka juga turut terbabit melakukan sentuhan fizikal dalam kes buli tersebut," katanya dalam perkongsian di Facebooknya semalam.

Kelmarin, Asyraf Wajdi mengarahkan Bahagian Pendidikan Menengah, Mara serta pihak pentadbir MRSM mengadakan mesyuarat dalam tempoh 24 jam bagi menyiasat dan menyingkirkan enam pelajar Tingkatan Lima yang disyaki terbabit.

Sebelum ini, beliau mendedahkan insiden itu terbongkar apabila ibu bapa seorang pelajar membuat perkongsian melalui Threads selepas anak mereka meminta bertukar keluar dari MRSM berkenaan kerana mendakwa tidak tahan menjadi mangsa buli.

Susulan laporan polis dibuat keluarga mangsa, enam pelajar Tingkatan Lima disyaki terbabit kini direman dua hari di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bakri bagi membantu siasatan. - 1 Julai, 2026

The post Kes buli: Empat pelajar MRSM Johor dibuang, 2 digantung appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved