Kes buli SMK Za’ba: Reman suspek pertama disambung

1 Oct 2026 • 1:34 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes buli SMK Za’ba: Reman suspek pertama disambung

KUALA PILAH: Tempoh reman suspek pertama kes kematian pelajar lelaki tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Za’ba di sini disambung selama tujuh hari lagi bermula esok.

Majistret Marlisa Mohd. Fahmy hari ini membenarkan perintah sambungan reman itu bagi membolehkan polis meneruskan siasatan kes berkenaan.

Suspek lelaki berusia 16 tahun itu sebelum ini direman selama enam hari bermula 26 September hingga hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun meninggal dunia dipercayai dibuli selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asrama sekolah berkenaan 25 September lalu.

Sehingga kini dua orang pelajar lelaki tingkatan empat telah ditahan reman bagi membantu siasatan kes berkenaan. – UTUSAN

The post Kes buli SMK Za’ba: Reman suspek pertama disambung appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved