Reman suspek pertama kematian pelajar tingkatan dua disambung tujuh hari

1 Oct 2026 • 4:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

Image from: Reman suspek pertama kematian pelajar tingkatan dua disambung tujuh hari

Reman suspek pertama bagi membantu siasatan kes kematian pelajar tingkatan dua di Kuala Pilah disambung tujuh hari sehingga 8 Oktober.

SEREMBAN: Reman terhadap suspek pertama yang ditahan bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada 25 Sept lepas, disambung selama tujuh hari bermula esok hingga 8 Okt.

Ketua Polis Negeri Sembilan Datuk Alzafny Ahmad berkata permohonan menyambung reman terhadap suspek lelaki berumur 16 tahun itu dibuat di Mahkamah Majistret Kuala Pilah, di sini, pagi tadi.

Alzafny berkata remaja terbabit direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, manakala seorang lagi pelajar tingkatan empat direman hingga Sabtu ini.

Semalam, Alzafny dilaporkan berkata sebanyak 69 keterangan telah direkodkan dan setakat ini, lima pelajar telah tampil kepada pihak polis dan mendakwa pernah dibuli oleh seorang daripada dua suspek yang ditahan, bagi membantu siasatan kes kematian seorang pelajar lelaki tingkatan dua di Kuala Pilah pada Jumaat lepas.

Pelajar lelaki terbabit dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah selepas ditemukan tidak sedarkan diri di asramanya sebelum disahkan meninggal dunia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved