Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari

9 Oct 2026 • 10:43 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari
Reman terhadap remaja lelaki berusia 16 tahun yang disyaki terlibat dalam kes bunuh seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di Yong Peng, di sini disambung enam hari lagi bermula esok.
Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari
Tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang disyaki terlibat kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini Sabtu lalu, disambung enam hari.
Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari
Permohonan sambung reman dibuat di Mahkamah Majistret itu bagi membolehkan polis menyambung keterangan daripada suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Pelajar lelaki Tingkatan 4 disambung reman 6 hari
Suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

BATU PAHAT- Tempoh reman pelajar lelaki Tingkatan Empat yang disyaki terlibat kes bunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, dekat sini Sabtu lalu, disambung enam hari.

Majistret Aimi Nawwar Mohamad Othman membenarkan sambung reman ke atas suspek selepas permohonan reman pertama berakhir pada Jumaat.

Permohonan sambung reman dibuat di Mahkamah Majistret itu bagi membolehkan polis menyambung keterangan daripada suspek yang disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

**media[3672508]**

Selain itu, ia juga membolehkan polis melengkapkan kertas siasatan sepanjang tempoh reman sebelum dihantar ke Pejabat Pendakwaan Negeri Johor untuk tindakan susulan.

Sebelum itu, suspek tiba di mahkamah pada jam 8.30 pagi dengan diiringi anggota Bahagian Siasatan Khas (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat.

**media[3672509]**

Pada 3 Oktober, Irene Sofiya ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dan berlumuran darah di dewan sebuah sekolah di Yong Peng pada kira-kira jam 5.30 petang sebelum disahkan meninggal dunia.

Sebelum itu, Irene Sofiya yang juga anak tunggal didapati tidak pulang ke rumah selepas kelas tambahan berakhir. Rakannya menemukan motosikal ditunggang Irene Sofiya di dalam sekolah.

**media[3672507]**

Rakannya kemudian ke rumah datuk dan nenek Irene Sofiya di Kampung Parit Selamat, sebelum neneknya, Jameyah Rabani, 65, dan ibu saudaranya, Siti Nur Faeza Khyar, 45, serta rakan ke sekolah untuk mencarinya dan menemukan remaja itu dalam keadaan parah di dewan sekolah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar pada Isnin, mendedahkan kecederaan trauma akibat objek tumpul di bahagian kepala disahkan sebagai punca kematian tragis Irene Sofiya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved