Kes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undang

15 Oct 2026 • 12:06 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes bunuh Irene Sofiya: Sebar kenyataan palsu, keluarga suspek sedia ambil tindakan undang-undang
Mohd Azlan ditemui di luar mahkamah pada Khamis.

BATU PAHAT – Peguam kepada remaja yang didakwa membunuh Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal, 16, akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan tidak wajar berhubung kes berkenaan.

Mohd Azlan Shah Mohd Allias berkata, pihak keluarga tertuduh tidak pernah membuat sebarang kenyataan atau hantaran dalam mana-mana media sosial.

"Pihak keluarga tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial atau mana-mana platform berhubung perkara itu.

"Apa juga hantaran yang mana berunsurkan benda-benda yang tidak benar, memang bukan datang pun daripada keluarga.

“Jadi, kita akan mengambil tindakan dan membuat laporan polis untuk membolehkan pihak berkuasa menjalankan siasatan dalam masa terdekat. Kita juga sudah melihat perkara ini dan akan menasihati keluarga supaya mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di pekarangan Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis.

a href=" https://www.sinarharian.com.my/article/798973/edisi/johor/jenazah-irene-sofiya-selamat-dikebumikan ">Jenazah Irene Sofiya selamat dikebumikan

Pada masa sama beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhubung kes berkenaan, khususnya melalui media sosial.

Beliau berkata, pihak keluarga berharap orang ramai menghormati proses undang-undang dan prinsip seseorang tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah oleh mahkamah.

Pada masa sama beliau meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan maklumat tidak sahih atau membuat spekulasi berhubung kes berkenaan, khususnya melalui media sosial.

Terdahulu, anak guamnya yang berusia 16 tahun dihadapkan ke mahkamah pada Khamis atas pertuduhan membunuh Irene Sofiya, di sebuah sekolah di Yong Peng pada 3 Oktober lalu.

Prosiding terhadap terhadap tertuduh dilakukan secara tertutup di hadapan Majistret Mustaqim Sukarno.

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved