Kes bunuh semakin banyak, takut hantar anak ke sekolah – Ain Edruce

Family & Parenting
22 Oct 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes bunuh semakin banyak, takut hantar anak ke sekolah – Ain Edruce

KUALA LUMPUR: Pengacara dan pelakon, Ain Edruce meluahkan kerisauan terhadap kes pembunuhan membabitkan pelajar sekolah yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Menurut Ain, 35, perkara itu sedikit sebanyak mempengaruhi keputusannya untuk menetapkan anak -anaknya bersekolah di rumah bagi keselamatan mereka.

“Banyak sekarang kes budak-budak sekolah tikam
dan bunuh. Jadi takut nak hantar anak pergi sekolah.

“Saya takut sampai terfikir nak anak bersekolah di rumah sahaja sebab kes-kes ini.

“Saya sahaja yang berfikiran macam ini atau ada mak lain berfikiran sama?” katanya dalam Thread.

Terdahulu, beberapa kes jenayah berat membabitkan kes bunuh dan cubaan bunuh melibatkan warga sekolah (pelajar) di Malaysia telah dilaporkan dan sedang dikendalikan oleh pihak mahkamah.

Antara yang mencuri perhatian adalah kes kematian Pelajar perempuan Tingkatan 4, Irene Sofiya ditemukan maut berlumuran darah di dalam dewan sekolah selepas waktu kelas tambahan selain Seorang pelajar lelaki Tingkatan 2, Muhamad Idlan Fareeq yang maut akibat dibuli di asrama sekolah.- UTUSAN

The post Kes bunuh semakin banyak, takut hantar anak ke sekolah – Ain Edruce appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved