Musim sakit, mood kerja pun ‘susut’ sampai cuti Krismas

Health & FitnessLifestyle
14 Oct 2026 • 8:15 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Musim sakit, mood kerja pun ‘susut’ sampai cuti Krismas

Sekali sekala bila anak-anak berada di rumah belajar secara online dalam keadaan persekitaran yang tidak sihat apatah lagi apabila kes kemalangan jalan raya yang semakin menggila dan kes jenayah yang agak ekstrim berlaku di sekolah, terubatlah sedikit kebimbangan hati ibu dan bapa serta penjaga.

Disebabkan persekitaran yang tidak sihat itu juga, ramai pekerja yang jatuh sakit dan terpaksa dirawat di hospital atau sekadar berihat di rumah untuk mengelak daripada berjangkit dengan rakan sekerja di pejabat.

Secara kebetulan, musim sakit ini berlaku pada suku keempat tahun yang mana hanya berbaki kira-kira sebulan setengah lagi tibanya musim cuti persekolahan dan cuti Krismas serta cuti hujung tahun.

Selalunya, ramai yang akan menyambut gembira bila datangnya bulan Disember untuk menghabiskan cuti tahunan masing-masing.

Secara umumnya, ‘vitamin’ terbaik untuk menyegarkan minda dan pandangan warga kerja adalah pergi bercuti, tidak kiralah berada di luar negara atau dalam negara, balik kampung atau sekadar berihat di rumah.

Bermula daripada musim penyakit bulan Oktober, diikuti dengan cuti sambutan Deepavali pada awal bulan November, penulis menjangkakan mood ‘layu’ di tempat kerja akan berterusan sehingga bulan Disember seterusnya di ambang sambutan tahun baru.

Trend kesunyian di tempat kerja nanti akan berlaku dan masalah kesesakan di jalan raya juga akan berkurangan menyebabkan suasana agak tenang dapat dimanfaat bagi mereka yang tidak membuat perancangan apatah lagi apabila penyelia, ketua jabatan atau pengurus turut mengambil cuti panjang.

Namun trend tersebut yang menjadi acara tahunan sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada pengoperasian kerja sesebuah syarikat atau jabatan sehinggakan ada yang terpaksa membuat kerja berganda.

Bagi mereka yang prihatin, pastinya sudah membuat persediaan rapi agar tugasan yang ditinggalkan itu tidak menjejaskan kerja orang lain malah ada juga turut membantu di luar tugasan meskipun bercuti.

Bagaimanapun, jika ada tugasan yang melibatkan penyediaan perkhidmatan kepada masyarakat, perkara berkaitan cuti kakitangan perlu diutamakan dan pelanggan tidak mahu mendengar alasan bahawa jabatan atau syarikat itu tidak mampu menawarkan servis yang baik kerana ramai pekerjanya mengambil cuti.

Bagi yang sedang membuat perancangan untuk bercuti pada hujung tahun ini, berbincanglah sebaiknya dengan penyelia, bertimbang rasalah juga bagi mereka yang sudah membeli tiket penerbangan atau pakej pelancongan pada jualan MATTA bulan April lalu, jangan jadikan alasan keluarga dengan anak kecil sebagai penguat untuk mengambil cuti secara tiba-tiba kerana orang bujang juga ada pelannya sendiri.

Bagi majikan dan penyelia atau ketua jabatan, bertimbang rasalah juga dengan pekerja yang menghantar borang cuti dengan pelbagai tujuan, susun atur jadual kerja dan cuti mereka agar segalanya berjalan dengan harmoni dan pekerja dapat bercuti dengan lebih tenang.

The post Musim sakit, mood kerja pun ‘susut’ sampai cuti Krismas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved