Kes Curang ‘Office Wife’ Dengan Doktor, Polis Sahkan Terima Laporan

LocalPolitics
28 Aug 2025 • 1:58 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu video tular yang memaparkan seorang wanita berstatus isteri orang didakwa menjalin hubungan sulit dengan seorang doktor.

Office wife curang

Menurut laporan Harian Metro, video berkenaan dipercayai dirakam sendiri oleh suami wanita terbabit selepas mendakwa isterinya berlaku curang.

image is not available

Foto: thesun

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, laporan diterima daripada seorang doktor di sebuah pusat perubatan swasta di sini pada jam 6.27 petang, Ahad lalu.

“Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai Rujuk Lain Agensi (RLA),” katanya.

Terdahulu, tular di Facebook video seorang lelaki menerjah pasangannya yang didakwa menjalin hubungan terlarang dengan doktor berstatus suami orang.

Menerusi perkongsiannya, lelaki itu meluahkan rasa kecewa selepas tidak menyangka isterinya yang telah bersama selama lebih 10 tahun dan dikurniakan dua cahaya mata, sanggup berpaling tadah.

image is not available

Menurutnya lagi, kecurangan itu bukan berpunca daripada masalah kewangan, pergaduhan, kurang masa bersama atau tiada persefahaman, sebaliknya disebabkan istilah office wife yang akhirnya meruntuhkan rumah tangga mereka.

Sumber: Harian Metro (Hidayatidayu Razali)