
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini, tular video di media sosial memaparkan seorang lelaki membongkar kecurangan isterinya bersama seorang doktor yang juga suami orang.
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki terbabit menerjah isterinya sewaktu berada di dalam kereta mewah jenis BMW milik doktor berkenaan.
Memetik media tempatan, suami kepada wanita berkenaan turut meluahkan rasa kecewanya kerana perkahwinan dibina selama 10 tahun musnah. Video itu kemudiannya menjadi tular dan mendapat perhatian netizen.
Polis terima laporan dari doktor berhubung video ‘Office Wife’ tular
Susulan daripada video yang tular, pihak polis memaklumkan telah menerima laporan berhubung isu tersebut.
Video berkenaan telah dirakam oleh suami wanita berkenaan yang mendakwa isterinya berlaku curang.
Doktor yang bertugas di pusat perubatan swasta kemudiannya tampil membuat laporan polis sekitar jam 6.27 petang pada 24 Ogos yang lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisoner Mohd Rosdi Daud pengadu bertugas sebagai doktor perubatan di hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan.
“Kes diklasikasikan rujuk lain agensi (RLA),” ujarnya, lapor Berita Harian.
Doktor tampil mohon maaf pada isteri
Dalam masa sama, pakar perubatan berkenaan Dr Wong Lu Yang, yang juga Presiden Junior Chamber International (JCI) Kota Bharu telah digantung tugas. Dia juga telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada isterinya berhubung video yang tular.
Dalam satu video yang dimuat naik, pemilik klinik estetik itu mengakui dia dan keluarga ada menerima beberapa gambar dan video sejak dua ke tiga bulan lalu sebelum kontroversi itu menjadi tular.
Katanya, dia sudah memaklumkan kepada isteri dan meminta kemaafan darinya pada ketika itu.
“Saya pilih untuk jujur kepada pasangan dan meminta kemaafan darinya. Kami telah mencapai kata sepakat, dan isteri memutuskan menerima saya semula untuk bersama-sama menguruskan perkahwinan serta keluarga kami,” ujarnya, lapor TRP.
Doktor berkenaan turut berterima kasih kepada isterinya kerana sudi ‘memaafkannya sekali lagi’ dan memaklumkan tindakan undang-undang juga telah diambil.
Minta diberi ruang, Dr Wong digantung daripada tugas sebagai Presiden di JCI Kota Bharu
Oleh itu, dia meminta semua pihak untuk memberikan ruang kepada kedua-dua pihak selepas berjanji ‘orang yang sepatutnya bertanggungjawab, akan bertanggungjawab’ (mengenai isu terbabit).
Sebelum ini pihak JCI Kota Bharu telah mengambil tindakan dengan menggantung Dr Wong dari tugasnya sebagai presiden bermula semalam (27 Ogos).
JCI Kota Bharu tegaskan isu tular adalah hal peribadi Dr Wong dan tiada kaitan dengan kerja mereka
Organisasi itu turut menegaskan perkara terbabit merupakan ‘isu peribadi mengenai presiden semasa’ tanpa mempunyai sebagai kaitan dengan misi atau kerja mereka (JCI).
Ekoran daripada penggantungan, JCI Kota Bharu akan diketuai sementara oleh bekas President, Tan Zhi Qian.
“Perkara ini akan disemak secara dalaman dan tindakan sewajarnya akan diambil selaras dengan nilai organisasi kami.
“Kami dengan rendah hati memohon agar semua pihak berhenti menyerang atau membanjiri halaman ini, kerana ia menjejaskan semangat kesukarelawanan dan khidmat masyarakat yang kami perjuangkan.
“Untuk sebarang urusan rasmi, sila rujuk terus kepada bekas presiden kami. JCI Kota Bharu akan terus komited dalam memperkasakan belia melalui latihan, kepimpinan, projek komuniti, program rangkaian, dan inisiatif sukarela,” tulis JCI Kota Bharu.
Netizen turut serang hantaran lama papar Dr Wong beli kereta BMW
Sebagai info, isu mengenai Dr Wong yang didakwa berlaku curang bersama isteri orang menjadi tular sehingga netizen turut meninggalkan komen di akaun Facebook BMW yang memaparkan doktor estetik itu membeli BMW X4 xDrive30i M Sport daripada peniaga tempatan pada tiga tahun lalu.
Malah ada yang menggelarkannya dengan gelaran Doktor BMW.
Pada 26 Ogos lalu, Dr Wong turut memuat naik hantaran mengatakan dia menolak untuk ‘berkompromi dengan peras ugut’ dan menyatakan rasa bersalah terhadap isterinya kerana disakiti ‘untuk kali kedua’ dek kerana apa yang berlaku.
Pasangan itu juga meminta diberikan ruang privasi dan tidak melibatkan anak serta keluarga mereka dalam isu tersebut.
Source:



![“Kucing Ni Di Tangan Orang Baik” – Aksi Pemuda Gigih Selamatkan Si Bulus Tersadai Di MRR2 Raih Pujian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/pets.jpeg)

