‘Kes dadah di Sentul berlaku pada 2016, bukan sekarang’ – Bekas wartawan

LocalPolitics
22 Oct 2026 • 10:19 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Azrul Affandi Sobri menjelaskan isu podcast tular berkaitan kegiatan pengedaran dadah di Sentul pada 2016.

Bekas wartawan, Azrul Affandi Sobri menjelaskan bahawa pendedahannya mengenai kegiatan pengedaran dadah berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerusi sebuah podcast baru-baru ini merupakan pengalaman ketika bertugas sebagai wartawan Unit Khas pada 2016.

Menurutnya, perkongsian tersebut adalah berdasarkan kejadian yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu dan bukannya merujuk kepada kegiatan pengedaran dadah yang sedang berlaku ketika ini.

“Kes dadah di Sentul yang saya kongsikan dalam podcast hari itu adalah perkongsian pengalaman sebagai wartawan Unit Khas pada tahun 2016.

“Dengar versi penuh dan kalian akan faham. Tidaklah saya kata ia berlaku sekarang. Doakan saya,” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Dalam perkembangan sama, Azrul memaklumkan bahawa polis telah membuka kertas siasatan terhadap perkara berkenaan di bawah dua peruntukan undang-undang berasingan susulan laporan polis yang diterima.

Jelasnya, siasatan tersebut melibatkan dakwaan menimbulkan kegusaran awam serta peruntukan di bawah undang-undang berkaitan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Sekadar berkongsi perkembangan terkini. Polis membuka kertas siasatan di bawah dua akta berasingan, atas sebab menimbulkan kegusaran awam dan juga akta SKMM.

“Sama ada pendakwaan akan dibuat atau tidak adalah bergantung kepada DPP (Timbalan Pendakwa Raya). Ia adalah prosedur yang dijalankan disebabkan ada laporan polis dibuat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau tetap yakin bahawa kebenaran akan terbukti dan berharap orang ramai terus mendoakan urusannya dipermudahkan.

“Apapun, saya yakin selagi ia satu kebenaran, Allah akan pelihara saya. Yang penting, doa daripada kalian semua,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan bahawa dakwaan kegiatan pengedaran dadah berhampiran IPD Sentul yang dibangkitkan menerusi podcast tular itu sebenarnya merujuk kepada kejadian lama bertarikh 12 Julai 2016.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, hasil semakan mendapati sebanyak tiga laporan polis telah diterima berhubung kejadian tersebut ketika itu.

Menurutnya, kandungan podcast berkenaan merupakan penceritaan semula pengalaman seorang tetamu yang pernah berkecimpung dalam bidang kewartawanan kira-kira 10 tahun lalu.

The post ‘Kes dadah di Sentul berlaku pada 2016, bukan sekarang’ – Bekas wartawan appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved