
PETALING JAYA – Polis memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang saksi bagi membantu prosiding perbicaraan kes dadah di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 29 Oktober ini.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, saksi terbabit dikenal pasti sebagai Yeo Chin Keong.
Menurutnya, lelaki berkenaan dipercayai beralamat di Sinar Magna, Metro Prima, Kuala Lumpur.
“Usaha mengesan saksi itu dilakukan bagi membantu prosiding perbicaraan berkaitan laporan polis Sri Petaling.
“Kes berkenaan melibatkan pertuduhan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Nazree bin Mohd Nasir di talian 017-927 7661 atau 03-2297 9222 sambungan 586. – KOSMO! ONLINE
The post Polis cari Yeo Chin Keong, bantu perbicaraan kes appeared first on Kosmo Online.






