Kes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatan

3 Aug 2026 • 7:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes dadah juruterbang Malaysia: Pegawai penyiasat JSJN ke Jakarta bantu siasatan
Hussein Omar Khan

KUALA LUMPUR - Polis akan menghantar sepasukan pegawai penyiasat ke Indonesia bagi membantu siasatan berhubung penahanan seorang juruterbang Malaysia Airlines Bhd (Malaysia Airlines) kerana didakwa menyeludup dadah ke negara berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, perkara itu sedang diselaraskan dengan pihak berkuasa negara berkenaan, ketika pihaknya berusaha mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes terbabit.

"Kita sedang membuat persiapan untuk menghantar pegawai penyiasat ke Jakarta.

"Ia untuk mendapatkan maklumat lanjut daripada pihak berkuasa Indonesia dan membantu siasatan yang sedang kami jalankan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Kes dadah juruterbang Malaysia: MAHB beri kerjasama penuh kepada agensi penguat kuasa

Kes juruterbang seludup dadah: SOP keselamatan lapangan terbang diteliti semula

Pada Jumaat, media melaporkan seorang juruterbang Malaysia Airlines berusia 39 tahun ditahan pihak berkuasa Indonesia di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta selepas didakwa cuba menyeludup 25 kilogram dadah.

Menurut Polis Republik Indonesia (POLRI), pemeriksaan menemui 15 bungkusan mengandungi 70,114 kapsul ekstasi dan methamphetamine yang dianggarkan bernilai kira-kira RM45 juta mengikut harga pasaran Indonesia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved