Kes Guru Wanita Skandal Dengan Murid Lelaki: Guru Diasingkan Sementara Siasatan – KP Pendidikan

LocalPolitics
24 Sep 2026 • 5:17 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Guru Wanita Skandal Dengan Murid Lelaki: Guru Diasingkan Sementara Siasatan – KP Pendidikan

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Malam tadi (23 September), media melaporkan seorang guru wanita berusia 30-an didakwa menjalin hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun.

Menurut Harian Metro yang memetik sumber, perbuatan itu terbongkar selepas video melibatkan kedua-duanya diketahui oleh keluarga remaja berkenaan.

Difahamkan, hubungan terlarang itu terjalin sejak tahun lalu dengan mereka didakwa beberapa kali telah mendaftar masuk (check in) hotel di Seri Kembangan selain turut mengadakan pertemuan di kediaman guru terbabit.

Guru Wanita Akan Diasingkan Sementara Siasatan Selesai – KP Pendidikan

Terbaharu, guru wanita yang didakwa mempunyai hubungan terlarang atau membuat gangguan seksual terhadap murid itu akan diasingkan daripada sekolah.

Menurut Ketua Pengarah Pendidikan, Datuk Dr Mohd Azam Ahmad, mereka akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) atau Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) sementara menunggu siasatan selesai.

Jelas Mohd Azam, langkah itu merupakan prosedur awal Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan guru berkenaan tidak lagi berurusan dengan pelajar terbabit sepanjang siasatan dijalankan.

“Kalau ada dakwaan berkaitan gangguan seksual dengan anak murid, memang guru itu kita akan siasat dan untuk tindakan awal, kita akan asingkan dengan murid.

“Maknanya guru itu tidak akan ditugaskan di sekolah lagi,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Guru Boleh Ditahan Kerja & Terima Separuh Gaji Jika Kes Dibawa Ke Mahkamah

Tambah Mohd Azam lagi, sekiranya laporan polis dibuat dan kes terbabit telah sampai ke peringkat sebutan mahkamah, dia boleh ditahan kerja dan menerima separuh gaji.

“Tindakan awal ialah mengasingkannya dan ditempatkan di PPD serta JPN.

“(Tetapi) Misalnya ada dakwaan di peringkat polis, jadi kes ini akan mengikut prosedur jenayah.

“Kemudian jika ada sehingga ke sebutan kes, kita akan tahan kerja. Maknanya tahan kerja ini, guru berkenaan hanya akan menerima separuh daripada gajinya.

“Bila hukuman sudah dijatuhkan dan jika didapati bersalah, guru ini akan ikutlah hukuman yang diaturkan mahkamah.

“Di peringkat kita pula, tindakan tatatertib akan diambil sama ada buang atau sebagainya.

“Ini adalah prosedur biasa yang kita akan ambil bila ada kes seumpama ini,” jelasnya.

Guru Ajak Keluar Berjalan-Jalan Sebelum Bawa Murid Ke Hotel

Sebelum ini, tular di media sosial laporan media mengenai seorang guru wanita yang didakwa mempunyai hubungan terlarang dengan seorang pelajar lelaki.

Berdasarkan sumber, pelajar lelaki terbabit mendakwa guru wanita berkenaan pada awalnya mengajak dia keluar berjalan-jalan dan makan sebelum dibawa ke sebuah hotel di Seri Kembangan.

Jelasnya, guru berkenaan didakwa melakukan perbuatan seksual malah turut merakamkan kejadian itu menggunakan telefon bimbit.

“Kejadian itu berlaku beberapa kali termasuk di kediaman suspek.

“Bagaimanapun perbuatan itu terbongkar Isnin lalu selepas pihak keluarga dan sekolah mengetahui mengenainya, termasuk menemui video yang dirakam,” katanya.

Guru Didakwa Telah Ditahan Pada Isnin Lalu

Ekoran kejadian terbabit, pelajar dan pihak sekolah didakwa telah membuat laporan polis bagi tindakan selanjutnya.

Dakwa sumber berkenaan, guru terbabit telahpun ditahan pada 10.30 malam Isnin (21 September) lalu di sekitar Bandar Kinrara.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Baca Artikel Berkaitan: NUTP Kesal Sekolah Lambat ‘Hidu’ Dakwaan Guru Bercinta Dengan Pelajar Lelaki

Baca Artikel Berkaitan: Kes Guru Bercinta Dengan Murid: Ini Yang Kita Tahu Setakat Ini

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved