Kes Ibu Didera Anak: Keluarga Salahkan ‘Semboyan’ Dakwa Mereka Melebih-lebih?

Entertainment
17 Oct 2023 • 3:47 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebelum ini tular berkenaan dengan isu seorang ibu yang didakwa telah didera oleh anak-anaknya sehinggakan Semboyan Malaysia masuk campur untuk uruskan kepincangan antara mereka sekeluarga.

Setelah isu ini mendiam, ia tiba-tiba mendapat perhatian semula apabila si ibu bersama dua lagi anaknya membuat pendedahan dalam satu sesi live.

Dalam video tersebut, si ibu bersama anak-anaknya yang terlibat dalam isu ini menyatakan bahawa cara Semboyan Malaysia itu menguruskan kes ini tidak betul kerana didakwa telah ‘menceroboh’.

Malah, kedua-dua anaknya itu telah mendakwa bahawa si ibu tidak datang untuk isi borang bagi mendapatkan bantuan Semboyan Malaysia.

@ezz_ryani

walaupun ibu diderah sekali pun tetap memaafkan anaknya,, masalah sudah settle janganlah lagi dipanjangkan. niat semboyan membantu supaya hubungan mak dengan anak berbaik tetapi mereka semua adik beradik salahkan semboyan pulak #semboyan #semboyanmalaysia #yusufazmi #paan #nasilemak4pagi #malaysia #malaysiatiktok #viral #viralvideo #fyp #fypシ #foryou

♬ bunyi asal – E Z Z L A N – E Z Z L A N

Video tersebut telah mengundang pelbagai reaksi netizen, ada yang anggap bahawa adik beradik ini putar belit cerita dan ada juga mendakwa yang si ibunya ini seolah-olah berada di dalam ketakutan.

Malah ada juga mempersoalkan si ibunya itu yang tiba-tiba berpihak pada anak untuk menyalahkan Semboyan yang diketuai oleh Yusuf Azmi.

image is not available image is not available image is not available

Sebelum ini, tular kes di mana seorang lelaki telah melakukan kekerasan terhadap seorang wanita warga emas yang juga dipercayai adalah ibunya hingga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Semboyan yang diketuai Yusuf Azmi.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.