Kes isteri kahwin dua sedang disiasat Jaheaik - Exco

LocalPolitics
15 Feb 2026 • 5:59 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
aheaik mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung seorang lelaki mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) mengesahkan pihaknya sudah menerima laporan berhubung seorang lelaki mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.

Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Mohd Asri Mat Daud berkata, pihaknya sedang membuat siasatan berhubung perkara tersebut.

"Ia sudah dalam siasatan Jaheaik," katanya secara ringkas semasa dihubungi pada Ahad.

Sinar Harian melaporkan, seorang lelaki membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok pada Rabu lalu selepas mendakwa isterinya telah berkahwin dengan lelaki warga Pakistan ketika mereka masih sah sebagai suami isteri.

Perkara tersebut disahkan Ketua Polis Daerah Bachok, Superintenden Mohd Ismail Jamaluddin ketika dihubungi pada Ahad.