Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak beberapa hari ini, kecoh di media sosial mengenai kes kematian seorang pelajar perempuan tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairol Faisal yang dijumpai dalam keadaan lemah sebelum meninggal dunia di dewan sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Johor pada 3 Oktober 2026.
Kes ini telah mengembalikan perdebatan dan aduan ramai tentang sistem dan keselamatan murid-murid di sekolah.
Ramai Desak Menteri Pendidikan Letak Jawatan Susulan Kematian Irene Sofiya
Malah ramai juga berpendapat bahawa ini merupakan tanggungjawab guru, petugas sekolah serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Banyak juga pihak yang mendesak agar Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek meletakkan jawatannya.
View on Threads
View on Threads
Dr Kamilin Tegur Individu Terus Salahkan Pihak Sekolah & Menteri Berhubung Kes Jenayah Di Sekolah
Bagaimanapun, pendakwah bebas, Dr Kamilin Jamilin mempunyai pandangan berbeza mengenai kes itu. Jelasnya, isu disiplin anak tidak sepatutnya menjadi tanggungjawab penuh golongan tenaga pengajar sebaliknya ibu bapa yang menggalas peranan penting bagi mendidik anak-anak sejak dari rumah lagi.
“Setiap kali bila berlakunya kes-kes jenayah melibatkan budak sekolah, ramai yang akan salahkan menteri. Mesti timbul juga cadangan guru kena dibenarkan rotan.
“Tak kurang yang cadang itu dan ini sehingga akhirnya hanya akan menyulitkan tugasan guru. Seolah-olah isu disiplin atau jenayah anak-anak ni semuanya salah cikgu, sekolah atau menteri.
“Nampaknya ramai tak mahu terima hakikat yang ibu bapalah sebenarnya pemegang kunci utama tarbiah anak-anak. Pendidikan bermula dari rumah dan akan sentiasa kembali ke rumah. Tak kira setinggi mana atau di mana sekalipun mereka belajar, mereka akan kembali ke rumah jua,” ujar beliau.
Baca Artikel Berkaitan: Betul Ke Denda & Hukuman Rotan Di Sekolah Dah Dimansuhkan? Ini Jawapan Menteri Pendidikan
Ramai Ibu Bapa Hanya Sediakan Keperluan Asas Tanpa Meluangkan Masa Dengan Anak-anak
Menurut Dr Kamilin menerusi hantaran di laman Instagram, sesetengah ibu bapa tidak mahu menerima kekurangan diri sendiri yang mana disebut Nabi Muhammad SAW sebagai pengacu atau pembentuk fitrah anak sekaligus meletakkan sepenuhnya kesalahan anak atas tanggungjawab orang lain.
Jelas beliau, sesetengah ibu bapa menyangka bahawa tanggungjawab mereka hanyalah menyediakan makan minum, membawa anak berjalan-jalan dan menghantar ke sekolah sahaja tanpa meluangkan masa sebagai sebuah keluarga.
“Ada tak kita konsisten luangkan waktu sebagai keluarga untuk berjemaah di masjid, atau sama-sama belajar agama? Mengaji atau membaca hadis-hadis Nabi SAW sama-sama di rumah?
“Bercerita kisah para Sahabat atau insan yang berjaya? Menasihati dan membimbing anak-anak penuh hikmah kalau mereka tersilap persis Luqman al-Hakim?” soalnya.
‘Ibu Bapa Yang Tak Jalankan Peranan Sebagai Pentadbir Rumah Tangga, Tapi Tuding Jari Pada Pihak Lain’ – Dr Kamilin
Tambah beliau, kadangkala segelintir ibu bapa menyedari mereka mempunyai kekurangan dalam mendidik anak, namun masih menyalahkan pihak lain atas kesilapan atau kesalahan dilakukan anak sendiri.
“Saya tak pandai agama… Saya tak ada masa…’.
“Ahaa, sedar pun? Tapi bila anak bermasalah, pandai dan pantas tuding jari pada cikgu, pada pihak lain yang langsung tak mengenali anak kita seperti kita sendiri? Sedangkan kita yang tidak menjalankan peranan yang seharusnya sebagai ‘pentadbir rumah tangga’,” katanya.
“Tak Kan Sekolah Kena Jadi Macam Markas Tentera Pagar Berduri?” – Dr Kamilin
Dr Kamilin berkata, adalah tidak munasabah untuk meminta guru menjadi pengasuh anak-anak dan memantau murid sepanjang masa.
“Sepatutnya sekolah dah bantu anak kita celik huruf, dapat ilmu, pun dah sangat bersyukur. Tak kan sekolah kena jadi macam markas tentera dengan pagar berduri, guru ala tentera, CCTV (kamera litar tertutup) setiap 10 meter sebagai jaminan anak kita selamat dan pandai?
“Tak kan cikgu-cikgu perlu jadi seperti pengasuh peribadi yang berkepit sepanjang masa dengan anak-anak?”
View this post on Instagram
“Anak Yang Ada Hubungan Baik Dengan Ibu Bapa Jarang Untuk Terjebak Isu Jenayah” – Dr Kamilin
Menerusi ruangan komen, beliau menambah bahawa tiada mana-mana sekolah yang mampu menjamin kejayaan atau keselamatan anak-anak 100%.
Namun langkah pencegahan yang boleh dilakukan dalam memastikan tiada sebarang perkara buruk atau jenayah berlaku adalah dengan didikan ibu bapa dari rumah dengan kaedah ‘tarbiah bonding’.
“Fitrah remaja ni biasanya memang untuk ‘break the rules’. Seketat mana pun peraturan dan sistem, anak-anak ni lagi geliga cari jalan.
“Tapi satu perkara yang boleh kongsi dari pengamatan dan pengalaman, anak-anak yang memiliki tarbiah bonding yang baik dengan ibu bapa mereka sangat jarang untuk tersimpang jauh atau terjebak dengan isu-isu jenayah di sekolah.
“Bantu murid sedar bahawa mereka sentiasa ada ibu bapa yang dekat dengan mereka sebelum membuat sebarang keputusan atau melakukan sesuatu.”
Terdahulu, Fadhlina memaklumkan kementeriannya mengambil serius segala teguran membabitkan keselamatan para pelajar.
Namun beliau berkata sebarang usaha melindungi pelajar tidak seharusnya dipikul oleh guru dan sekolah semata-mata sebaliknya, ia perlu mendapat sokongan dari semua pihak.

Baca Artikel Berkaitan: Punca Irene Sofiya Meninggal Dunia Kerana Trauma Tumpul Pada Kepala – Polis
Baca Artikel Berkaitan: Kes Bunuh Irene Sofiya: “Saya Akan Terus Berjuang Agar Anak Saya Mendapat Keadilan” – Bapa [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Maafkan Saya Irene Sofiya” – Kamal Affandi Kecewa, Cadangan & Usaha Tangani Isu Sekolah Termasuk Buli Tak Dapat Perhatian






