Kes Juruterbang Seludup Dadah Ke Indonesia: Suspek Dapat Bekalan Dadah Dari Ampang – Polis

4 Aug 2026 • 1:56 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Juruterbang Seludup Dadah Ke Indonesia: Suspek Dapat Bekalan Dadah Dari Ampang – Polis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai kisah penahanan seorang pembantu juruterbang warganegara Malaysia yang disyaki cuba menyeludup dadah ke Jakarta, Indonesia.

Lelaki yang berusia 39 tahun itu ditahan sebaik tiba di Terminal 3, Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta, Jakarta pada Rabu (29 Julai) lalu selepas petugas kastam mengesan objek mencurigakan sebelum menemui 14 bungkusan mengandungi kira-kira 25 kilogram (kg) dadah jenis MDMA (ekstasi) dan 2.7 gram syabu dalam bagasi miliknya.

Pembantu Juruterbang Dapat Bekalan Dari Ampang, Buat Early Check-In Sebelum Terbang Ke Jakarta

Terbaharu, polis mendedahkan pembantu juruterbang yang ditahan itu dipercayai mendapat bekalan dadah dari Ampang pada Rabu (29 Julai) lalu.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, hasil siasatan mendapati suspek dijadualkan terbang ke Kota Kinabalu, Sabah sebelum ke Jakarta pada hari yang sama.

Jelas Hussein, sebelum berlepas ke Kota Kinabalu, suspek telahpun mendaftar masuk bagasi yang mengandungi barang terlarang itu pada awal pagi hari berkenaan.

“Polis dapat kesan, suspek ambil bekalan itu di satu kawasan Pangsapuri di Ampang. Kita juga sudah dapat nombor telefon yang dihubungi (oleh suspek).

“Suspek dipercayai ‘early check in’ (daftar masuk awal) bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk ke Jakarta.

“Dia kemudian ada ‘flight’ ke Kota Kinabalu pagi itu, sebelum pulang semula ke KLIA dan berlepas ke Jakarta pada malam,” katanya yang dipetik dari Harian Metro.

PDRM Bekerjasama Dengan Polis Republik Indonesia Jalankan Siasatan

Memetik Buletin Utama, Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini sedang bekerjasama dengan Polis Republik Indonesia (POLRI) bagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sindiket dadah terbabit.

“Kita sedang menantikan perlepasan dengan pihak POLRI, tangkapan itu dibuat oleh pihak Kastam di lapangan terbang berkenaan, disiasat polis Indonesia. Bila masa sesuai untuk pegawai kita pergi dan temuduga.

“Pihak polis sedang melihat keseluruhan spektrum pengedaran ini, PDRM tengah melihat bagaimana dia mendapatkan bekalan dalam negara kita, dapat kenal pasti bekalan ini di Ampang dan kita dah dapat nombor telefon dihubungi dan sebagainya.

“Kedua dari aspek bagaimana dia boleh melepasi saringan keselamatan di pintu ke luar negara di KLIA. (Ada kaitan) dengan sindiket antarabangsa di Indonesia dan kita tengah kerjasama dengan POLRI, kita lihat keseluruhan spektrum untuk ambil tindakan lanjutan sindiket ini,” katanya.

Tiada Imej Mencurigakan Dikesan Di KLIA, Individu Jalani Proses Pemeriksaan Keselamatan

Sejak semalam (3 Ogos), tular rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang memaparkan tindakan pembantu juruterbang terbabit yang membawa bagasi berkenaan sebelum bungkusan yang dipercatai mengandungi bahan terlarang itu ditemui ketika pemeriksaan penguatkuasa.

View this post on Instagram

A post shared by Bea Cukai Soekarno-Hatta (@bcsoetta)

Namun tegas Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), kesemua prosedur saringan keselamatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dilaksanakan mengikut tatacara yang ditetapkan.

Jelas Ketua Pengarah AKPS, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tiada sebarang imej yang mencurigakan telah dikesan ketika pemeriksaan bagasi suspek.

Malah, individu berkenaan juga menjalani proses pemeriksaan keselamatan wajib sebelum menaiki pesawat di KLIA ke Indonesia pada 28 Julai lalu.

Baca Artikel Berkaitan: Rampasan Heroin Terbesar, Polis Australia Tahan Rakyat Malaysia Seludup Dadah Bernilai RM431 Juta

Baca Artikel Berkaitan: Guna Teknik Luar Biasa, Cubaan Seludup Dadah Bernilai RM227,400 Guna Khidmat Bas Express Di Sarawak Tumpas

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved