Kes KLVC: Bekas CEO FIC Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Esok

LocalPolitics
28 Sep 2026 • 10:02 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Kes KLVC: Bekas CEO FIC Didakwa Di Mahkamah Sesyen KL Esok

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) FELDA Investment Corporation Sdn Bhd (FIC), yang sebelum ini disiasat berkaitan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC), akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, individu itu akan dituduh di hadapan Hakim Rosli Ahmad pada 9 pagi.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan bahawa SPRM telah mendapat izin untuk mendakwa bekas CEO berkenaan.

Pada 25 Sept lepas, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Abd Halim Aman berkata individu itu akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417 Kanun Keseksaan.

Beliau berkata seorang lagi individu, yang juga bekas pengurus besar Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) akan berdepan satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang dijangka didaftarkan di mahkamah pada Rabu ini.

Siasatan KLVC adalah sebahagian daripada tujuh kertas siasatan membabitkan FELDA dan FIC, iaitu enam kertas siasatan baharu serta satu siasatan lama.

Baca juga:

Siasatan berkenaan memberi tumpuan terhadap pembelian dan pelaburan aset oleh FELDA serta FIC antara 2010 hingga 2020 yang disyaki mempunyai unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved