Pertuduhan Menghasut Babit Isu Istana Negeri Sembilan, Rais Yatim Mengaku Tidak Bersalah

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 11:48 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh, Melaka hari ini atas pertuduhan menghasut berkaitan krisis adat dan institusi diraja Negeri Sembilan.

Menurut laporan, Rais, 84, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin.

Advertisement

Saya faham (pertuduhan). Tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, Rais didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan ketika berada di sebuah hotel di Simpang Ampat, Alor Gajah sekitar jam 1 tengah hari pada 5 Jun lalu. Kenyataan berkenaan antaranya berkaitan Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar dan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Rais Yatim di mahkamah

Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Pihak pendakwaan sebelum itu mencadangkan jaminan sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, barisan peguam Rais yang diketuai anaknya, Danni Rais memohon jumlah tersebut dikurangkan selain memaklumkan bahawa Rais memberi kerjasama sepanjang proses berkenaan.

Mahkamah kemudian membenarkan Rais diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Untuk rekod, Rais sebelum ini dilaporkan hadir dalam satu majlis pada 5 Jun lalu yang dikaitkan dengan pemasyhuran Tunku Nadzaruddin sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12.

Dewan Keadilan dan Undang kemudiannya menegaskan bahawa Tuanku Muhriz Tuanku Munawir kekal sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah dan tiada kekosongan bagi jawatan berkenaan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

tunku muhriz2026-09-21 10:05:23

Ingkar Dan Derhaka, Tuanku Muhriz Batal Pelantikan Semua EXCO Negeri Sembilan Serta- Merta

The post Pertuduhan Menghasut Babit Isu Istana Negeri Sembilan, Rais Yatim Mengaku Tidak Bersalah first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved