Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi Felda dituduh minggu depan

LocalPolitics
25 Sep 2026 • 5:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi Felda dituduh minggu depan

PUTRAJAYA: Seramai dua individu yang disiasat dalam penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) berkaitan Felda akan dituduh minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkara, dua individu itu melibatkan bekas pengurus besar Felda dan bekas ketua pegawai eksekutif Felda Investment Committee atau Felda Investment Commission.

“Bagi bekas pengurus Felda, bekas pengurus besar Feldaakan menghadapi satu pertuduhan di bawah Seksyen 420 dan pertuduhan itu akan didaftarkan di mahkamah pada tarikh 30 September ini.

“Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Committee pula akan berdepan dua pertuduhan di bawah Seksyen 417, dengan pertuduhan itu akan berlangsung pada tarikh 29 September,” katanya dalam sidang akhbar selepas Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali ke-5, di sini hari ini.

SPRM minggu lalu mencadangkan pertuduhan terhadap dua bekas pengurusan kanan Felda berhubung dakwaan penyelewengan dalam projek pembangunan KLVC. – UTUSAN

The post Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi Felda dituduh minggu depan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved