Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak menyerang pemandu sebuah kereta Perodua Myvi berwarna biru sewaktu berada di lampu isyarat Lebuh AMJ, Kandang, Melaka.
Berlaku salah faham di jalan raya punca Myvi Biru dipukul
Terbaharu, insiden berkenaan dipercayai berpunca dari salah faham dan ketidakpuasan hati ketika berada di jalan raya berkenaan.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas siasatan awal telah dilakukan ke atas kedua-dua individu yang terlibat dalam insiden pergaduhan di jalan raya berkenaan.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Video Lelaki Berang & Serang Myvi Biru Di Tengah Jalan Raya Ketika Lampu Isyarat Merah Curi Perhatian
Dah capai persefahaman dan pengadu serta suspek sudah berdamai secara baik
Berdasarkan siasatan dilakukan mendapati perselisihan di antara dua individu terbabit berlaku ekoran salah faham ketika mereka berada di jalan raya sehingga mengundang kepada kejadian tersebut.
“Pihak pengadu dan suspek telah dipanggil bagi memberikan keterangan dan kedua-dua pihak telah mencapai persefahaman serta berdamai secara baik.
“Mereka juga memaklumkan tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara itu dan telah menyelesaikannya secara aman,” jelasnya, dipetik Sinar Harian.
Dua individu terlibat dalam insiden luah rasa kesal dan janji akan hati-hati serta kawal emosi ketika di jalan raya
Kata beliau lagi, kedua-dua individu berkenaan turut meluahkan rasa kesal terhadap insiden yang berlaku.
Bahkan mereka juga berjanji akan berhati-hati selain mengawal emosi apabila berada di jalan raya di masa hadapan.
Orang ramai dinasihatkan amal sikap sabar, tolak ansur dan kawal emosi apabila di jalan raya
Halim turut menegaskan apa-apa tindakan yang boleh mengundang kepada gangguan ketenteraman awam mahupun menyalahi undang-undang tetap akan dinilai serta diambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Halim dalam masa sama turut menasihatkan orang awam untuk mengamalkan sikap sabar, bertolak ansur serta kawal emosi apabila memandu. Perkara itu adalah untuk mengelakkan daripada berlaku hal tak diingini.
Selain itu, beliau juga meminta orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi mahupun menyebarkan maklumat yang akan menjejaskan mana-mana pihak yang terlibat dalam kes itu.






![“Pelajar Lintas Pun Tekan Minyak” – 2 Pemandu Selamba Langgar Lampu Merah Depan Sekolah Dikecam [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/06/2-Pemandu-Selamba-Langgar-Lampu-Merah-Undang-Perhatian-800x467.jpg?t=1782290417)