Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan

LocalPolitics
19 Oct 2026 • 3:02 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan

PETALING JAYA – Seramai 15 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berkaitan kegagalan memindahkan hasil kerajaan bernilai lebih RM230.9 juta membabitkan My E.G. Services Berhad (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata demikian bagi mengulas perkembangan terkini siasatan kes berkenaan.

“Setakat ini, jumlah rakaman percakapan yang telah diambil adalah seramai 15 orang, iaitu 12 orang daripada JPJ dan tiga pegawai bank,” katanya ringkas hari ini.

Sebelum ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan polis berhubung transaksi kewangan hasil kerajaan yang melibatkan kedua-dua syarikat berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230,913,503.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dilaporkan berkata, perkhidmatan MyEG dan Zetrix AI sebagai ejen pemungut hasil JPJ digantung mulai 5 Oktober lalu selepas gagal memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM314 juta bagi tempoh 19 Mei hingga 30 September tahun ini.

Menurutnya, tindakan itu diambil selepas 35 notis peringatan dikeluarkan selain beberapa sesi libat urus diadakan sejak Mei lalu. – KOSMO! ONLINE

The post Kes MyEG-Zetrix: 15 pegawai JPJ, bank dirakam percakapan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved