Kes RM230.9 juta MyEG, polis rakam keterangan 15 individu

LocalBusiness & Finance
19 Oct 2026 • 5:34 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes RM230.9 juta MyEG, polis rakam keterangan 15 individu

KUALA LUMPUR, 19 OKT: Polis merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan kegagalan memindahkan kutipan hasil kerajaan berjumlah RM230.9 juta membabitkan syarikat penyedia perkhidmatan elektronik, My EG Sdn Bhd (MyEG) dan Zetrix AI Berhad.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman Datuk Rusdi Mohd Isa dalam kenyataan hari ini berkata individu terbabit ialah 12 pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan tiga pegawai bank.

Beliau berkata siasatan dimulakan susulan satu laporan polis pada 7 Okt, berkaitan transaksi kewangan hasil kerajaan melibatkan kedua-dua syarikat di bawah Kumpulan MyEG tersebut.

Rusdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Pada 13 Okt, Rusdi dilaporkan berkata polis merakam keterangan enam saksi, manakala pelbagai dokumen berkaitan sedang diteliti bagi membantu siasatan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kes itu dan menegaskan tindakan akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved