Kes Pelajar J*tuh Tingkat 3 Asrama: Terlalu Awal Untuk Sahkan Dakwaan Wujud Unsur Buli – KP Selangor

LocalPolitics
26 Aug 2025 • 3:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pihak polis mengesahkan bahawa mereka telah menerima satu laporan berhubung dengan kejadian seorang pelajar lelaki Tingkatan 3 yang terjatuh dari tingkat 3 asrama di sebuah sekolah yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Ketua Polis Selangor, Dato’ Shazeli Kahar dalam satu kenyataan berkata, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak-kanak 2001. Katanya, siasatan akan dijalankan dari pelbagai sudut termasuk aspek keselamatan pelajar, pengurusan asrama serta latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakan terdekat.

 

Terlalu awal untuk sahkan wujudnya kegiatan buli

Shazeli berkata, pihak polis kini sedang mengumpul keterangan daripada mana-mana golongan yang terlibat.

“Polis sedang mengumpul keterangan daripada saksi-saksi dan individu yang berkaitan, sebarang spekulasi berhubung punca kejadian termasuk dakwaan wujudnya unsur buli adalah terlalu awal untuk disahkan.”

image is not available image is not available

Tegasnya, pihak polis menyeru kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang andaian yang boleh mengganggu proses siasatan atau menjejaskan emosi keluarga mangsa.

Sebelum ini, tular kes seorang pelajar jatuh dari tingkat 3 asrama, ia menimbulkan rasa curiga terhadap ibu mangsa dan mendakwa bahawa mangsa mungkin dibuli.

Sumber : X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.