Kes Pelajar Serang Guru Guna Kapak Di Sarawak: Tiada Motif Unsur Buli Dikenal Pasti – Polis

28 Oct 2026 • 1:16 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Pelajar Serang Guru Guna Kapak Di Sarawak: Tiada Motif Unsur Buli Dikenal Pasti – Polis

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini tular mengenai seorang guru wanita di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching Sarawak mengalami kecederaan selepas cuba merampas objek tajam yang dibawa oleh seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun.

Dalam video tular pelajar berkenaan turut membuat rakaman sebelum dan ketika insiden berlaku. Polis kemudiann melakukan siasatan terperinci bagi mengenal pasti punca kejadian dan mendapatkan bukti-bukti berkaitan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Cikgu Di Kuching Cedera & Dikejarkan Ke Hospital Selepas Rampas Objek Tajam Dibawa Pelajar

Polis dedah tiada motif buli dikenal pasti bagi kes pelajar serang guru guna kapak

Terbaharu, polis memaklumkan tiada motif buli dikenal pasti berhubung insiden berkenaan.

Jelas Pemangku Pesuruhajaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak siasatan berhubung kes berkenaan telah dilengkapkan serta kertas siasatan turut dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya Sarawak pada 26 Oktober yang lalu.

Keputusan masih tunggu penelitian dari pendakwaan dan laporan psikiatri forensik terhadap suspek

Walau bagaimanapun ujar beliau, sebarang keputusan lanjut masih menunggu penelitian daripada pihak pendakwaan dan juga laporan psikiatri forensik terhadap pelajar lelaki terbabit.

“Laporan psikiatri forensik penting bagi membantu menentukan keadaan mental suspek ketika kejadian, termasuk sama ada tindakannya dilakukan dalam keadaan sedar atau di luar kawalan,” jelasnya, lapor Berita Harian.

Pelajar bawa mercun sebelum cederakan guru dengan kapak

Dalam insiden yang berlaku pada 7.50 pagi itu, pelajar berkenaan turut dipercayai membawa mercun sebelum bertindak mencederakan guru terbabit menggunakan kapak.

Guru tersebut mengalami kecederaan seperti luka pada tangan kiri. Mangsa lalu menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuching sebelum dibenarkan pulang.

Pelajar tersebut pula yang ditahan pada hari insiden berlaku serta masih menerima rawatan di hospital.

Suspek turut menjalani penilaian pakar psikiatri dan perubatan. Kes disiasat di bawah:

  • Seksyen 324 Kanun Keseksaan
  • Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakis dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958

Seramai 38 saksi telah berikan keterangan

Jelas Saifullizan lagi, seramai 38 saksi telah pun dirakam keterangan dan mereka terdiri daripada:

  • Pelajar
  • Guru
  • Pengawal Keselamatan
  • Pakar perubatan
  • Ibu bapa suspek

Beberapa barangn turut dirampas

Selain itu, pihak polis turut merampas beberapa barangan dari rumah suspek seperti:

  • Kapak
  • Pisau
  • Mercun
  • Komputer
  • Gajet

“Semua barang berkenaan dihantar untuk analisis forensik dan siasatan awal mendapati kapak itu dibeli suspek secara dalam talian, manakala analisis telefon bimbit dan komputer masih dijalankan bagi mendapatkan maklumat berkaitan kejadian.”

Polis tidak akan buat kesimpulan tanpa bukti sahih

Sewaktu diminta untuk mengulas dakwaan pelajar terbabit terpengaruh dengan permainan dalam talian atau kandungan tertentu, Saifullizan memaklumkan ia masih dalam siasatan serta pihak polis tidak akan melakukan kesimpulan tanpa ada bukti yang sahih.

Manakala bagi keputusan sama ada pelajar terbabit akan didakwa di mahkamah atau dikenakan tindakan lanjut adalah bergantung kepada penilaian pihak pendakwaan sebaik meneliti hasil siasatan serta laporan pakar berkaitan.

Mengulas lanjut sama ada suspek akan diserahkan kepada keluarga mahupun pihak berkuasa untuk penjagaan, Saifulliza menjelaskan ia bergantung kepada laporan serta cadangan daripada profesional yang berkenaan.

Dalam pada itu, beliau turut meminta orang ramai untuk tidak melakukan sebarang spekulasi mahupun menyebarkan maklumat yang belum disahkan. Ini kerana kes ini melibatkan suspek bawah umur.

Bukan pelajar berstatus aktif di institut terbabit

Terdahulu sekolah antarabangsa Tunku Putra-HELP (TPH), Kuching, Sarawak menerusi kenyataan memaklumkan pelajar itu tidak lagi berstatus pelajar aktif institusi terbabit, lapor Berita Harian.

Bahkan TPH turut menghargai keberanian dan juga ketenangan guru tersebut sewaktu berdepan insiden terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved