Suspek serang guru masih dirawat di hospital

23 Oct 2026 • 10:08 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Suspek serang guru masih dirawat di hospital

KUCHING – Suspek yang dipercayai menyerang seorang guru sehingga cedera di sebuah sekolah antarabangsa, di sini, pada Rabu lepas, masih menerima rawatan di hospital.

Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Deputi Komisioner Saifullizan Ishak berkata, polis akan meneruskan siasatan dengan mengambil kira kesihatan suspek serta nasihat dan penilaian pihak pegawai perubatan.

“Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, setakat ini, sebanyak 24 individu telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan kes itu.

Beliau juga meminta orang ramai untuk menghormati privasi semua pihak yang terlibat dan tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur.

Pada 21 Oktober lalu, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita cedera dipercayai akibat diserang seorang pelajar lelaki tingkatan empat di sebuah sekolah antarabangsa di sini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. – BERNAMA

The post Suspek serang guru masih dirawat di hospital appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved