Suspek serang guru masih di hospital, 24 saksi dipanggil

23 Oct 2026 • 10:11 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Suspek serang guru masih di hospital, 24 saksi dipanggil

KUALA LUMPUR - Suspek utama kes serangan ganas terhadap seorang guru di sebuah sekolah antarabangsa di Kuching, Rabu lepas kini masih ditahan di hospital bagi menerima rawatan susulan.

Perkembangan baharu itu disahkan Pemangku Pesuruhjaya Polis Sarawak, Saifullizan Ishak, yang memaklumkan pihak polis bersedia meneruskan langkah siasatan lanjut sebaik sahaja mendapat nasihat serta penilaian tahap kesihatan suspek daripada pegawai perubatan.

Setakat ini, polis sudah merakam kenyataan 24 individu bagi melengkapkan skop siasatan kes yang mencetuskan gempar dalam kalangan warga pendidik dan ibu bapa itu.

Saifullizan memberi jaminan bahawa pihak berkuasa tidak akan berkompromi dan mengendalikan kes berkenaan mengikut standard tertinggi perundangan.

“Polis menegaskan siasatan dijalankan secara profesional, teliti dan menyeluruh dengan mengambil kira semua keterangan serta bukti berkaitan.

“Sebarang tindakan lanjut akan dilaksanakan berdasarkan fakta yang diperoleh dan peruntukan undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam masa sama merayu orang ramai agar menghentikan sebarang spekulasi liar serta penularan maklumat sensitif di media sosial.

“Langkah ini bagi menghormati privasi semua pihak yang terlibat. Kita minta awam tidak menyebarkan identiti, gambar atau maklumat peribadi, khususnya individu di bawah umur,” tegas beliau.

Pada 21 Oktober lalu, Saifullizan mengesahkan seorang guru wanita mengalami kecederaan fizikal selepas dipercayai diserang secara tiba-tiba oleh seorang pelajar lelaki Tingkatan Empat di dalam kawasan sekolah berkenaan.

Kes kini diklasifikasikan dan disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata serta Seksyen 6(1) Akta Bahan Letupan 1957. - 23 Oktober, 2026

The post Suspek serang guru masih di hospital, 24 saksi dipanggil appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved