Kes pelajar tingkatan tiga maut: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis

19 Nov 2026 • 11:23 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes pelajar tingkatan tiga maut: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis

PETALING JAYA: Kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran kawasan kematian seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar, Perak semalam disahkan berfungsi dengan baik dan rakamannya telah diserahkan kepada pihak polis.

Pentadbir dan guru sekolah berkenaan juga telah diberikan pelepasan tugas sementara bagi membantu siasatan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) tidak akan berkompromi sekiranya hasil siasatan mendapati terdapat kecuaian atau pelanggaran prosedur keselamatan.

Beliau berkata, ia merupakan kejadian serius dan KPM memberikan kerjasama penuh kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan siasatan dijalankan secara menyeluruh dan telus.

“Saya menyeru semua pihak agar tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga mangsa. Berikan ruang kepada pihak berkuasa untuk melengkapkan siasatan.

“Semoga keluarga mangsa terus diberikan kesabaran dan kekuatan dalam menghadapi ujian yang amat berat ini,” katanya.

Semalam, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak mengesahkan seorang murid tingkatan tiga ditemukan maut di sebuah sekolah.

Mayat pelajar itu dihantar ke Hospital Taiping dan dijadual menjalani bedah siasat pukul 9 pagi tadi.

Fadhlina berkata, perbincangan telah diadakan dengan pihak berkaitan termasuk JPN Perak dan Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh juga telah ke lokasi bagi menyelaras tindakan segera.

“Saya turut mengarahkan Jemaah Nazir hadir ke sekolah untuk meneliti aspek pengurusan dan pematuhan tatacara keselamatan.

“Bagi menjaga kesejahteraan warga sekolah, murid yang tidak terbabit dengan peperiksaan akan dibenarkan pulang pada Jumaat ini,” katanya.

Fadhlina turut menzahirkan takziah kepada keluarga mangsa dan memaklumkan, bantuan psikososial juga diberikan kepada mereka yang terkesan.-UTUSAN

The post Kes pelajar tingkatan tiga maut: Rakaman CCTV diserahkan kepada polis appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved