Kes pukul di Inanam: Seorang ditahan, empat lagi diburu

13 Oct 2026 • 5:07 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

Kes pukul di Inanam: Seorang ditahan, empat lagi diburu

Kota Kinabalu: Salah seorang daripada individu yang disyaki terbabit dalam kejadian memukul seorang lelaki menggunakan topi keledar di hadapan sebuah premis di KK Taipan, Inanam pada malam Sabtu lalu ditahan polis Awal pagi Isnin.

Suspek lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah bersama Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Kampung Melalin, Tuaran, kira-kira jam 12.45 tengah malam.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada ibu mangsa pada Ahad lalu, kira-kira jam 5.48 petang.

“Susulan laporan berkenaan, polis menjalankan siasatan sebelum berjaya mengesan dan menahan suspek manakala usaha mengesan suspek lain yang dipercayai turut terbabit dalam kejadian itu masih diteruskan.

“Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 324 dan Seksyen 148 Kanun Keseksaan,” ujar beliau. Menurutnya polis menegaskan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati terbabit dalam kejadian tersebut.

“Orang ramai turut dinasihatkan supaya tidak membuat spekulasi, menyebarkan maklumat tidak sahih atau mengeluarkan komen berunsur provokasi di media sosial yang boleh menjejaskan siasatan serta mencetuskan kegusaran awam.

“Mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi IPD Kota Kinabalu atau balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.,” katanya dalam kenyataan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved