Kes Pukul Isteri: Ketua Menteri Dedah ADUN Masih Jalankan Tugas Seperti Biasa

LocalPolitics
3 Nov 2026 • 6:39 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Kes Pukul Isteri: Ketua Menteri Dedah ADUN Masih Jalankan Tugas Seperti Biasa

Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Semalam (2 November), polis mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai dakwaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pulau Pinang memukul isterinya baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Dennis Lim Kwang Keng, pihaknya masih menjalankan siasatan kes terbabit di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Malah, empat orang individu termasuk ADUN dan isterinya juga telah dipanggil bagi membantu siasatan.

Ketua Menteri Jelas ADUN Masih Jalankan Tugas Menjadi Wakil Rakyat Seperti Biasa

Terbaharu, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow mendedahkan ADUN yang didakwa memukul pasangannya itu masih menjalankan tugas sebagai wakil rakyat seperti biasa.

“Pihak polis sedang menyiasat kes berkenaan dan orang ramai perlu menunggu hasil siasatan sebelum membuat sebarang kesimpulan.

“Ada individu yang sudah dihadapkan ke mahkamah pun masih menjalankan tugas,” katanya yang dipetik dari Malaysia Gazette.

Perkara itu dijelaskan oleh beliau ketika ditanya tentang laporan mengenai ADUN negeri itu yang didakwa memukul isteri.

Minta Orang Ramai Tak Buat Spekulasi, Serah Siasatan Kepada Pihak Polis

Pada masa sama, Chow menggesa agar orang ramai tidak membuat spekulasi atau kesimpulan terburu-buru dan menjelaskan perkara itu perlu diserahkan kepada pihak polis, lapor Malaysia Kini.

Malah, beliau juga enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai kes berkenaan.

“Ini adalah siasatan polis yang sedang berjalan, jadi sebaiknya serahkan sahaja kepada mereka. Biarkan mereka mengendalikan kes ini,” katanya.

ADUN Jerejak Nafi Terlibat Kes Pukul Isteri

Sebelum ini, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol dalam satu hantaran di Facebook menafikan dakwaan bahawa dia terlibat dalam kes keganasan rumah tangga itu.

“Kes ADUN Pulau pinang terkini itu bukan saya,” tulisnya.

Fahmi pada 27 Februari lalu mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap isterinya, Nur Hidayah Abd Jabar.

Kesalahan itu didakwa dilakukan oleh Fahmi pada 22 Februari lalu di sebuah rumah di Persiaran Pantai Jerejak 11, Bayan Lepas kira-kira jam 10 malam.

Dia dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Oleh kerana itu juga, jawatan Fahmi dalam PKR telah digantung sementara menunggu penyelesaian kes berkenaan.

Malah, jawatannya sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang turut digugurkan.

Baca Artikel Berkaitan: Selangor Catat Kes Keganasan Rumah Tangga Tertinggi

Baca Artikel Berkaitan: Masalah Kewangan & Selisih Faham Antara Faktor Keganasan Rumah Tangga Di Pahang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved