Kes rasuah babit Ahmad Zahid berakhir, AGC sahkan NFA terhadap 47 pertuduhan

LocalPolitics
8 Jan 2026 • 6:00 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi yang melibatkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, sekaligus menamatkan kes berkenaan secara muktamad.

image is not available

NFA terhadap 47 pertuduhan

Perkara itu dinyatakan menerusi kenyataan rasmi AGC yang memaklumkan keputusan tersebut dibuat melalui pertimbangan yang profesional.

“Jabatan ini menegaskan bahawa keputusan yang diambil adalah berasaskan pertimbangan profesional dan undang-undang dengan mengambil kira kepentingan keadilan, integriti proses pendakwaan serta keperluan untuk memastikan kepastian dan ketelusan dalam sistem keadilan jenayah,” kata.

image is not available Tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan

Keputusan itu menyusuli tindakan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pada 4 September 2023.

AGC menjelaskan bahawa siasatan lanjut oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merangkumi sumber dana, kaedah perolehan, penggunaan dana dan enam representasi yang dikemukakan selepas Ahmad Zahid dipanggil membela diri.

“Penelitian ini dibuat dengan turut mempertimbangkan skop dan fokus siasatan awal, penilaian dalaman pendakwaan mengenai kecukupan keterangan, serta langkah-langkah siasatan lanjut SPRM bagi memperhalusi gambaran keseluruhan fakta, konteks dan keterangan baru kes.
“Dapatan merangkumi keseluruhan tempoh penubuhan dan operasi Yayasan Akalbudi, termasuk aliran serta sumbangan dana ke yayasan dari semasa ke semasa,” jelas AGC.

image is not available

Artikel lain: Skandal rasuah ADUN Sabah : Bersihkan nama di mahkamah macam saya buat – Zahid

Berdasarkan pertimbangan profesional dan undang-undang, AGC menegaskan bahawa keterangan sedia ada tidak mencukupi untuk meneruskan pendakwaan, sekali gus menamatkan 47 pertuduhan rasuah terhadap Ahmad Zahid.

Sumber: Facebook Jabatan Peguam Negara Malaysia