“Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua” -Ahmad Zahid

LocalPolitics
8 Jan 2026 • 8:14 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkait dana Yayasan Akalbudi yang melibatkannya.

image is not available

Ahmad Zahid luah rasa syukur

Menerusi hantaran beliau di Facebook, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu menyatakan akhirnya kebenaran terbukti jua setelah prosiding tersebut berjalan agak panjang,

“Syukur Alhamdulillah. Masa akhirnya menjawab segalanya, kebenaran terbukti jua,” tulisnya.

image is not available

Keputusan AGC bawa kepada penamatan kes

Terdahulu, keputusan AGC itu telah membawa kepada penamatan muktamad kes berkenaan, selaras kuasa dan budi bicara Peguam Negara di bawah Perlembagaan serta undang-undang berkaitan.

Pada 4 September 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah melepas tanpa membebaskan Zahid daripada 47 pertuduhan berkenaan selepas pihak pendakwaan memaklumkan AGC ingin memberhentikan prosiding.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah ketika itu menegaskan bahawa siasatan yang masih berjalan dan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja menjadi asas keputusan untuk menolak permohonan Ahmad Zahid supaya dibebaskan sepenuhnya daripada pertuduhan tersebut.

Mahkamah Tinggi turut menolak permohonan Badan Peguam bagi memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid pada Jun 2024.

Sumber: Facebook Zahid Hamidi