Kes RCI TH: Bekas eksekutif syarikat didakwa pecah amanah RM72,000

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2026 • 9:56 AM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Kes RCI TH: Bekas eksekutif syarikat didakwa pecah amanah RM72,000

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kesihatan dan Keselamatan THP Bina Sdn Bhd didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah RM72,000 milik syarikat itu di antara 2013 dan 2015.

Nasahruddin Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan selepas dakwaan-dakwaan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

THP Bina merupakan anak syarikat pembinaan yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Tabung Haji dan tertuduh merupakan antara individu pertama didakwa di mahkamah rentetan daripada Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Lembaga Tabung Haji (TH).

Mengikut pertuduhan, Nasahruddin didakwa telah melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti berjumlah RM72,000 daripada syarikat kontraktor Fourth Wave Sdn. Bhd. dalam projek Cadangan Pembangunan Komplek Pejabat di Presint 3, Putrajaya dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaun peribadinya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di antara 26 April 2013 dan 12 Ogos 2015 di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun atau maksimum 20 tahun dan sebat serta boleh dikenakan denda. –UTUSAN

 

The post Kes RCI TH: Bekas eksekutif syarikat didakwa pecah amanah RM72,000 appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved