Dua bekas pengurus THP Bina didakwa pecah amanah, subahat RM72,000

LocalBusiness & Finance
3 Sep 2026 • 11:52 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Dua bekas pengurus THP Bina didakwa pecah amanah, subahat RM72,000

KUALA LUMPUR – Dua bekas pengurus syarikat didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan pecah amanah dan subahat RM72,000 membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Putrajaya.

Di hadapan Hakim Rosli Ahmad, bekas Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn. Bhd. didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah wang hasil kutipan penalti berjumlah RM72,000 membabitkan projek itu

Bagaimanapun tertuduh Nasahruddin Ahmad, 56, mengaku tidak bersalah selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

“Tidak mengaku salah,” kata Nasharuddin.

Mengikut kesemua pertuduhan, Nasahruddin didakwa sebagai Pengurus Keselamatan dan Kesihatan THP Bina Sdn. Bhd. telah diamanahkan wang hasil kutipan penalti ke atas kontraktor iaitu syarikat Fourth Wave Sdn. Bhd. berjumlah RM72,000, melakukan pecah amanah dengan memasukkan wang tersebut ke dalam akaunnya.

Wang hasil kutipan penalti itu membabitkan projek cadangan pembangunan kompleks pejabat di Presint 3 Wilayah Persekutuan, antaranya Putrajaya di atas PT 12081: Blok A – 10 tingkat pejabat, Blok B – sembilan tingkat pejabat, Auditorium dan tiga tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah, PT 12075: Blok C – tujuh tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah, PT 12074: Blok D – sembilan tingkat pejabat dan dua tingkat tempat letak kereta di aras bawah tanah untuk Tetuan THP Bina Sdn. Bhd.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Islam Putrajaya, Presint 3, Putrajaya antara 26 April 2013 hingga 12 Ogos 2015, mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan (Akta 574).

THP Bina Sdn. Bhd. ialah syarikat anak syarikat milik penuh TH Properties Sdn. Bhd. (yang merupakan anak syarikat Lembaga Tabung Haji) yang berfokus dalam bidang pembinaan dan pengurusan projek.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 bagi kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekali sebulan, pasport diserah kepada mahkamah serta dilarang mengganggu saksi-saksi pendakwaan.

Tarikh 5 Oktober ditetapkan sebutan semula kes.

Sementara itu di hadapan Hakim Azura Alwi bekas Timbalan Pengurus Besar THP Properties Sdn. Bhd. yang juga bekas Timbalan THP Bina Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersubahat dengan Nasahruddin membabitkan kesalahan pada tempat dan tarikh sama.

Tertuduh Tengku Kamarolhisyam Tengku Kamaruddin, 55, membuat pengakuan tidak bersalah itu selepas ketiga-tiga pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Bagi kesalahan itu pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 109 dibaca bersama Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Di mahkamah itu, Hakim Azura kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM45,000, pasport diserahkan kepada mahkamah dan tidak menganggu saksi-saki secara langsung atau tidak langsung dan menetapkan tarikh sama bagi sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

The post Dua bekas pengurus THP Bina didakwa pecah amanah, subahat RM72,000 appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved