
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu
Sebelum ini tular satu video di media sosial memaparkan sekumpulan penunggang motosikal yang mengejar sebuah Perodua Myvi.
Dalam video berkenaan kelihatan salah seorang daripada mat rempit terbabit turut menendang bahagian pintu pemandu sewaktu mengikuti kenderaan berkenaan.
Susulan daripada kejadian itu, polis kemudiannya memburu sekitar 20 orang penunggang yang dipercayai terlibat dalam rakaman berkenaan.
Pemandu lelaki yang berusia 52 tahun juga seorang pengawal keselamatan telah tampil membuat laporan polis pada 29 September lalu. Kes disiasat mengikut Seksyen 427 dan Seksyen 279 Kanun Keseksaan.
9 lelaki ditahan disyaki buli jalan raya di Puchong
Terbaharu, polis memaklumkan seramai 9 lelaki telah ditahan kerana disyaki terbabit dengan kejadian buli jalan raya berhampiran Plaza Tol Puchong, pada awal pagi 28 September.
Jelas Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Muhammad Farid Ahmad kesemua yang ditahan berusia sekitar 17 hingga 21 tahun dalam satu serbuan sekitar Puchong dan Shah Alam pada awal pagi tadi 30 September.
“Turut dirampas tiga buah motosikal yang dipercayai digunakan semasa kejadian.
“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi permohonan reman,” ujarnya, lapor Kosmo.
Penunggang motosikal tanya adakah pemandu anggota polis sebelum bertindak mengekorinya
Memetik satu lagi laporan Kosmo, pengadu awalnya keluar dari kereta dengan tujuan berlakon seolah-olah ingin menghubungi polis menggunakan telefon.
“Namun, pengadu tidak membuat panggilan dan hanya berpura-pura seakan-akan ingin menelefon. Ketika itu, salah seorang daripada kumpulan penunggang motosikal terbabit bertanya kepada rakan pengadu sama ada mereka anggota polis.
“Bimbang keselamatan, mangsa terus masuk semula ke dalam keretanya dan beredar, namun kumpulan itu bertindak mengejar serta mengarahkan dia berhenti,” jelasnya lagi.
6 yang ditahan bawah umur
Disebabkan panik, pemandu berkenaan tidak memberhentikan kenderaannya dan kereta turut ditendang beberapa kali sehingga mengalami kerosakan.
“Enam daripada supek yang ditahan adalah bawah umur. Mahkamah Majistret Petaling Jaya membenarkan reman ke atas kesemua suspek selama empat hari sehingga Jumaat (3 September) ini. Polis merampas tiga motosikal yang digunakan dalam kejadian itu,” katanya.
Source:




![“Laku Betul!” – Gerai Nasi Lemak Di Karnival Nanjing China Diserbu Pengunjung Raih Perhatian [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)