Kes Rocky: Muhammad Shah bakal didakwa Khamis ini

17 Aug 2026 • 8:32 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Kes Rocky: Muhammad Shah bakal didakwa Khamis ini

KLANG – Pemuda yang terpalit dalam kekecohan operasi penangkapan anjing liar dikenali Rocky di Taman Telok Gedong Indah bakal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, Khamis ini.

Perkara itu disahkan peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat selepas anak guam mereka, Muhammad Shah Hizam, 24, telah diserahkan saman oleh pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS).

“Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai DVS. Kami akan hadir pukul 9 pagi pada 20 Ogos ini,” katanya.

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan jenis pertuduhan yang akan dikenakan terhadap pemuda berkenaan termasuk seksyen dan akta berkaitan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan operasi menangkap anjing liar oleh Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) bertukar kecoh dengan apabila dihalang seorang wanita sebelum membawa kematian terhadap Rocky.

Muhammad Shah dalam satu sidang akhbar minggu lalu menafikan kehadiran dirinya pada operasi berkenaan dengan niat untuk mencederakan atau membunuh anjing tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post Kes Rocky: Muhammad Shah bakal didakwa Khamis ini appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved