
SHAH ALAM – Tiada sebarang dokumen atau laporan rasmi diterima setakat ini bagi mengesahkan imej X-ray yang tular di media sosial adalah milik anjing dikenali Rocky.
Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali berkata, pihaknya turut tidak mengetahui sumber sebenar imej berkenaan yang didakwa menunjukkan Rocky mengalami kecederaan pada tulang belakang.
“Sehingga hari ini, secara rasmi kita belum menerima sebarang laporan X-ray dan kita juga tidak tahu gambar X-ray itu milik siapa atau dari mana ia datang. Kita dimaklumkan gambar berkenaan adalah palsu. Jadi, kita tidak pasti sumber sebenar gambar X-ray tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata, pihaknya akan mendapatkan dokumen berkaitan daripada pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan bagi memastikan kesahihan maklumat berhubung keadaan Rocky.
Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Rafique berkata, program libat urus melalui town hall secara besar-besaran perlu diadakan di seluruh negara bagi meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai undang-undang berkaitan pemilikan dan haiwan peliharaan termasuk anjing.
Katanya, program berkenaan wajar membabitkan semua pihak berkepentingan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT), pemilik anjing, persatuan penduduk atau komuniti perumahan dan pencinta haiwan. – KOSMO! ONLINE
The post Tiada laporan rasmi sahkan gambar tular X-ray Rocky – Peguam appeared first on Kosmo Digital.

![Isu Kematian Anjing Rocky: “Saya Tidak Hadir Malam Itu Dengan Niat Untuk Mencederakan, Jauh Sekali Untuk Membunuh” – Shah [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/Pemuda-Shah-dikaitkan-dengan-kematian-anjing-Rocky-tampil-bersuara.jpg?t=1786613072)



