Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini

17 Aug 2026 • 8:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Muhammad Shah kait kematian anjing 'Rocky' didakwa Khamis ini
Muhammad Shah (kanan) akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.

KLANG - Seorang lelaki yang menjadi sasaran kecaman selepas insiden kekecohan operasi penangkapan anjing liar bernama 'Rocky' akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis ini.

Peguam, Muhammad Rafique Rashid Ali dan Mahmud Abdul Jumaat yang mewakili Muhammad Shah Hizam, 24, mengesahkan perkara berkenaan ketika dihubungi Sinar Harian.

"Ya, saya sahkan Muhammad Shah telah diserahkan saman oleh Pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar.

"Kami akan hadir jam 9 pagi pada 20 Ogos ini," kata Muhammad Rafique.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan seksyen dan akta yang akan digunakan bagi mendakwa pemuda berkenaan kerana pertuduhan hanya akan ditentukan dan dibacakan di mahkamah kelak.

Sebelum ini, pemuda itu menjadi sasaran kemarahan netizen selepas video yang mendakwa dia telah bertindak kejam dengan menyeksa sehingga menyebabkan kematian Rocky di Taman Telok Gedong Indah di sini pada 29 Julai lalu tular di media sosial.

Muhammad Shah mendakwa, telah menerima ancaman terhadap diri dan keluarganya selepas kejadian berkenaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved