Kes samun bersenjata di Jalan Ampang selesai dalam 6 jam, tujuh ditahan

2 Aug 2026 • 5:13 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Kes samun bersenjata di Jalan Ampang selesai dalam 6 jam, tujuh ditahan

SHAH ALAM, 2 OGOS: Tindakan pantas polis membawa kepada penahanan tujuh individu termasuk dua remaja perempuan dalam tempoh enam jam selepas seorang lelaki disamun sekumpulan lelaki bersenjata pisau di sebuah kediaman di Jalan Ampang, kelmarin.

Mangsa berusia 21 tahun membuat laporan polis pada jam 9.02 malam selepas didatangi empat lelaki tidak dikenali ketika berada di kediaman berkenaan sebelum disamun.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Annas Sulaiman berkata bertindak hasil laporan itu, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju menjalankan serbuan pada jam 3 pagi semalam.

"Serbuan di kawasan parkir kereta di Jalan Metro Pudu membawa kepada penahanan lima lelaki berusia antara 22 hingga 38 tahun serta dua perempuan berusia 13 dan 19 tahun.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan," katanya seperti dilapor BH Online.

Menurutnya, kesemua suspek kini direman dan ditempatkan di Lokap Berpusat Jinjang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah IPD Wangsa Maju di talian 03-9289 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved