Kes tetak peneroka Felda: 'Adik ada masalah mental sejak lapan tahun lalu' - Kakak

27 Oct 2026 • 4:12 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Kes tetak peneroka Felda:  'Adik ada masalah mental sejak lapan tahun lalu' - Kakak
Anggota polis menunjukkan kapak yang digunakan suspek untuk menetak peneroka hingga maut dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan.

KOTA TINGGI – Suspek yang dikaitkan dalam insiden amuk menetak seorang peneroka dalam kejadian di Felda Lok Heng Selatan malam Isnin, mempunyai masalah mental.

Kakak suspek yang mahu dikenali sebagai As, 54, berkata kali terakhir adiknya itu mendapatkan rawatan mental dan mengambil ubat adalah lapan tahun lalu.

​"Selepas keluar dari pusat berkenaan, dia tidak mahu tinggal di situ dan berdepan kesukaran untuk berada di rumah. Dia mengalami masalah halusinasi dan pernah meminta untuk dihantar ke sekolah tahfiz sebelum merujuk ke Hospital Tampoi.

​"Bagaimanapun, pihak hospital mendapati halusinasi dan masalah mental dihadapi adalah berpunca daripada kesan penyalahgunaan bahan terlarang sebelum dia dibenarkan pulang rumah," katanya di Felda Lok Heng Selatan.

​Menurutnya pihak hospital pernah membekalkan ubat penenang, namun adiknya hanya mengambil ubat tersebut selama dua bulan sebelum memutuskan untuk berhenti.

Jelas beliau, adiknya yang sentiasa bergantung kepada ahli keluarga terdekat untuk urusan harian itu tidak mempunyai tempat tuju lain sekiranya berdepan sebarang kesusahan.

​"Dia seorang adik yang baik dia bekerja melakukan kerja-kerja kampung untuk mencari duit dan tidak pernah mengganggu orang lain.

​"Sejak mak ayah meninggal dia duduk seorang diri di rumah. Dahulu saya duduk bersamanya tetapi disebabkan bimbang akan keadaan dirinya jadi kami duduk di rumah sewa dia menetap di rumah pusaka.

"Tetapi apa-apa hal memang dia akan mencari saya hendak makan ke atau ada apa-apa keperluan dia akan cari saya dan tidak pernah menimbulkan masalah di kampung," katanya lagi.

Terdahulu tular seorang peneroka Felda maut selepas dipercayai ditetak menggunakan kapak dalam satu kejadian mengejutkan di Felda Lok Heng Selatan malam Selasa.

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved