Kes Tikam Murid Perempuan Di Sekolah: Pelajar 15 Tahun Direman Empat Hari, Peguam Sahkan Suspek OKU

7 Jul 2026 • 11:07 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun yang disyaki menikam rakan sekolahnya di sebuah sekolah di Banting, Selangor semalam (6 Julai), direman selama empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi, perintah reman terhadap remaja terbabit dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Majistret Teluk Datok pada Selasa.

“Reman dibenarkan ke atas suspek selama empat hari, dari 7 Julai 2026 hingga 10 Julai 2026,” katanya.

Memetik Astro Awani, suspek telah tiba ke Mahkamah Majistret Teluk Datok, pagi tadi sekitar jam 8.10AM bagi permohonan reman.

Peguam Sahkan Suspek Autistik

Dalam perkembangan terbaharu, peguam bela dari Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Vijeswari Devi mendedahkan bahawa suspek merupakan orang kurang upaya (OKU), iaitu seorang autistik.

“Anak guam saya adalah autistik. Reman empat hari. Itu sahaja saya boleh katakan,” katanya, lapor Kosmo.

Mangsa Cedera Di Bahagian Paru-paru & Terdapat 16 Kesan Tikaman Pada Badan

Sebelum ini, seorang pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) cedera akibat ditikam di sebuah sekolah di Banting.

Polis kemudiannya mengesahkan insiden tersebut dan menjelaskan mangsa yang berusia 15 tahun kini berada dalam keadaan stabil.

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pelajar Parah Ditikam Di Sekolah: Bapa Fikir Anak Jatuh Sakit, Terkejut Lepas Tahu Ditikam

Bapa mangsa, Mohd Firuz Ibrahim mendedahkan dia terkejut sebaik mendengar khabar anaknya cedera parah akibat serangan itu.

Mangsa, dilaporkan mengalami kecederaan paru-paru dan mempunyai kira-kira 16 luka tikaman pada bahagian badan.

Suspek Dipercayai Rakan Sekelas Mangsa Ketika Di Tingkatan Dua

Menurut Mohd Firuz, suspek dipercayai merupakan rakan sekelas anaknya ketika di tingkatan dua dan difahamkan remaja tersebut kini sedang dalam tempoh cuti bagi mendapatkan rawatan kesihatan.

Mangsa Terima Rawatan Di Hospital Banting

Dalam pada itu, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor dalam satu kenyataan mengesahkan suspek telah ditahan pihak polis sejurus selepas kejadian, manakala mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Banting.

Terdahulu, tular sebuah video di media sosial menunjukkan seorang remaja perempuan berpakaian serba hitam sedang berjalan-jalan di kawasan sekolah sambil memegang sebilah pisau di tangannya.

Dalam satu lagi video berbeza, kelihatan remaja itu sedang berlari mengejar pelajar perempuan lain di sekolah terbabit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved