Keselamatan data, kedaulatan negara tidak boleh dikompromi – MKN

LocalTechnology
21 Oct 2026 • 6:29 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Keselamatan data, kedaulatan negara tidak boleh dikompromi – MKN

PUTRAJAYA: Kerajaan menegaskan bahawa tiada kompromi terhadap sebarang risiko keselamatan yang melibatkan Israel.

Majlis Keselamatan Negara (MKN), Jabatan Perdana Menteri,  dalam kenyataan memaklumkan, perlindungan data rakyat dan kedaulatan maklumat negara mesti sentiasa diutamakan, termasuk dalam menilai implikasi penggunaan aplikasi yang tertakluk kepada undang-undang serta bidang kuasa Israel.

Dalam hal ini, katanya, kerajaan memandang serius pengumpulan data lokasi, pergerakan, perjalanan serta maklumat peranti pengguna oleh aplikasi navigasi Waze.

“Ia khususnya apabila Terma Penggunaannya memperuntukkan pemakaian undang-undang Israel serta bidang kuasa mahkamah rejim itu bagi pertikaian berkaitan penggunaan perkhidmatannya,” katanya hari ini.

Menurut MKN, maklumat lokasi dan corak pergerakan pengguna merupakan data sensitif yang memerlukan perlindungan sewajarnya, lebih-lebih lagi apabila melibatkan urusan rasmi serta kepentingan strategik negara.

Katanya, kemudahan teknologi tidak boleh mengatasi tuntutan keselamatan negara.

“Sehubungan itu, penjawat awam dan rakyat Malaysia disaran beralih kepada aplikasi navigasi tempatan seperti TuJu yang dibangunkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), atau aplikasi tempatan lain yang bersesuaian.

“Bagi penjelasan lanjut, Agensi Keselamatan Siber Negara, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri (NACSA, MKN JPM) telah menyediakar Soalan Lazim (FAQ) yang boleh dirujuk di https://www.nacsa.gov.my/faq-waze.php,” katanya. – UTUSAN

The post Keselamatan data, kedaulatan negara tidak boleh dikompromi – MKN appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved