Keselamatan murid semakin meruncing, Fadhlina didesak beri penjelasan di Dewan Rakyat

LocalPolitics
4 Oct 2026 • 11:00 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Keselamatan murid semakin meruncing, Fadhlina didesak beri penjelasan di Dewan Rakyat
Saifuddin (kanan) mendesak agar Fadhlina (kiri) memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat Isnin ini mengenai isu keselamatan murid di sekolah.

KUANTAN - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak agar memberikan sesi penerangan di Dewan Rakyat Isnin ini mengenai isu keselamatan murid di sekolah.

Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, rakyat berhak mendapat jawapan segera mengenai isu itu.

Menurutnya, tahap keselamatan murid di sekolah sudah semakin meruncing, membimbangkan dan tidak boleh diterima.

"Saya amat sedih dengan laporan satu lagi kematian pelajar di sekolah iaitu di Yong Peng semalam," katanya melalui kenyataan pada Ahad.

Pelajar maut dibunuh: 'Irene Sofia pelajar cemerlang, harapan 9A di sekolah' - Rakan

Terdahulu media melaporkan, seorang pelajar tingkatan empat, Irene Sofiya Mohd Khairool Faisal ditemui maut dipercayai dibunuh di sebuah sekolah menengah di Yong Peng dekat sini pada Sabtu.

Remaja berusia 16 tahun itu ditemui sudah tidak bernyawa dalam dewan di sekolah terbabit pada sebelah petang.

Susulan kejadian itu, tiga pelajar lelaki ditahan selepas disyaki mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

Difahamkan, seorang daripada pelajar terbabit akan dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, pagi Ahad, untuk direman bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

Sementara itu, Saifuddin mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.

"Semoga rohnya dicucuri rahmat dan keluarganya diberi ketabahan," ucapnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved