Ketahui Sejarah Menarik, Balai Ringin International Airport Di Serian

Local
13 Dec 2022 • 1:33 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lapangan terbang yang dikhaskan untuk tentera

Ketahui Sejarah Menarik, Balai Ringin International Airport Di Serian. Balai Ringin iaitu sebuah daerah kecil di Bahagian Serian ini dulu pernah mempunyai sebuah lapangan terbang. Lagi memilukan yang tertulis bukan lapangan terbang biasa sebaliknya lapangan terbang antarabangsa.

image is not available
Ketahui Sejarah Menarik, Balai Ringin International Airport Di Serian. Sumber: Borneo Oracle

Menyelusuri sejarah “rare” lapangan terbang ini sahaja bukannya satu hal yang mudah kerana pencarian sejarahnya juga terlalu “rare” sekali. Mana tidaknya kerana rujukannya hanya terdapat pada mana-mana jurnal yang ditulis oleh pesara-pesara anggota tentera Komanwel yang pernah berkhidmat di bumi Borneo suatu waktu dahulu.

Balai Ringin International Airport ini bukannya satu lapangan terbang yang dikhaskan untuk orang awam sebaliknya ianya adalah lebih kepada kegunaan untuk tentera.

Dibina berikutan kemelut Konfrantasi Indonesia – Malaysia

Dikatakan, lapangan terbang ini wujud ketika bumi Sarawak pada masa itu di dalam kemelut peperangan yang dikenali sebagai Konfrantasi Indonesia-Malaysia yang berlangsung dari tahun 1962 hingga 1966.

Terjadinya perang ini adalah atas ketidakpuasan Presiden Sukarno, Presiden Republik Indonesia yang menentang pembentukan Gagasan Malaysia yang dibentuk pada tahun 1963. Pembentukan yang menyaksikan Tanah Melayu (Malaya), Singapura, Sarawak dan North Borneo (Sabah) menjadi satu federasi yang bebas merdeka.

image is not available
Pernah Miliki Lapangan Terbang Antarabangsa, Ketahui Sejarah Balai Ringin International Airport. Sumber: Haslina Bujang

Atas keperluan logistik memandangkan pada ketika itu di Sarawak melalui ibukotanya Kuching hanya mempunyai satu lapangan terbang antarabangsa yang juga turut berkongsi lapangan terbang yang sama dengan Tentera Diraja Malaysia maka adalah perlu untuk mempunyai lapangan terbang yang mengkhusus untuk keperluan “joint army”. Dan kerana itulah Balai Ringin International Airport ini wujud di Sarawak.

Sekitar tahun 1965, setelah segala perancangan dan keperluan dikenalpasti, maka pihak Kerajaan Malaysia melalui 3rd Skuadron Kejuruteraan Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk membuat segala kerja-kerja pembinaan di satu kawasan yang bernama Balai Ringin. Lokasinya dipilih pada masa itu kerana ianya juga dekat dengan perbatasan yang mana pada ketika itu “joint army” akan ditempatkan.

Untuk info, rakaman tahun 1965 menyaksikan Balai Ringin International Airport bersebelahan dengan perkampungan Ensebang Jaya 1997.

image is not available
Kampung Ensebang Jaya. Sumber: Kampung Ensabang Jaya

Inilah padang belon atau Balai Ringin International Airport merupakan tinggalan sejarah yang kini menjadi kawasan bersebelahan dengan kampung Ensebang Jaya.

Mungkin lapangan terbang ini sudah tiada lagi di Sarawak namun begitu ianya tidak bermakna kita boleh melupakan sejarahnya dengan keamanan yang kita kecapi sekarang.

View Original Article