Ketua balai polis direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah hampir RM500

LocalPolitics
20 Jul 2026 • 11:18 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

Ketua balai polis Kelantan ditahan reman

Seorang ketua balai polis direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menerima rasuah membabitkan wang hampir RM500.

Memetik laporan Harian Metro, perintah reman terhadap anggota polis berpangkat Sarjan Mejar berusia 41 tahun itu dikeluarkan Majistret Amirul Asyraf Abdul Rashid di Mahkamah Majistret Kota Bharu.

Suspek direman sehingga 26 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Pengarah SPRM Kelantan, Azmin Yusuff, mengesahkan suspek ditahan kira-kira jam 2.20 petang semalam.

Beliau berkata, siasatan terhadap suspek dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Difahamkan, suspek dipercayai menerima rasuah beberapa ratus ringgit sebagai balasan kerana tidak mengambil tindakan terhadap seorang warga asing pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang menjalankan perniagaan besi buruk.

Baca juga:

Sebelum ini, sumber memaklumkan pegawai berkenaan ditahan SPRM selepas satu laporan dibuat oleh seorang lelaki tempatan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat turut mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan pihaknya dimaklumkan suspek ditahan bagi membantu siasatan SPRM berhubung dakwaan rasuah.

Beliau berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan.

Sumber: Harian Metro, Berita Harian

The post Ketua balai polis direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah hampir RM500 appeared first on The Reporter.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved